9 Exco Perak Angkat Sumpah Jawatan – 18 Mei 2013.

KUALA KANGSAR, 18 MEI 2013 - Seramai sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) baharu di hadapan DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

Semua Exco yang dilantik terdiri daripada tiga muka lama dan enam muka baru termasuk pelantikan dua Exco wanita iaitu YB Dato’ Rusnah Kassim dan YB Puan Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Antara Exco yang dilantik semula tetapi bertukar portfolio adalah YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin (Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) dan YB Dato’ Saarani Mohamad (Bekas Pengerusi Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan).

Katanya lagi,  keutamaan barisan Exco yang dibentuk adalah untuk memastikan segala akujanji dan pelaksanaan dasar-dasar mendahulukan rakyat, dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Untuk itu, sebuah jawatankuasa pemantau akan dibentuk bagi memastikan akujanji yang diketengahkan semasa pilihanraya umum lalu akan dapat diterjemahkan.

Berikut adalah senarai penuh Exco Kerjaan Negeri Perak yang telah dilantik :-

  1. YAB. Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir (ADUN Pangkor)
    Menteri Besar Perak

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam

  1. YB. Dato' Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan)

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  1. YB. Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid (ADUN  Kamunting)

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

  1. YB. Dato' Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik)

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

  1. YB. Dato’ Rusnah Kassim (ADUN Behrang)

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Intergrasi Nasional

  1. YB. Dato' Samsudin Abu Hassan (ADUN Air Kuning)

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Civil (NGO)

  1. YB. Encik Mohd. Nizar Zakaria (ADUN Belanja)

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

  1. YB. Puan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (ADUN Tualang Sekah)

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

  1. YB. Dr. Muhammad Amin Zakaria (ADUN Batu Kurau)

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

  1. YB. Datuk  Shahrul Zaman Yahya (ADUN Rungkup)

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia

Barisan Exco dan Ex-Officio bergambar bersama DYMM Raja Nazrin Shah dan DYAM Raja Dihilir selepas Majlis Angkat Sumpah Exco.
Tetamu-tetamu yang hadir di Majlis Angkat Sumpah Exco Negeri Perak.
YB ADUN Kota Tampan, Dato' Saarani Bin Mohamad mengangkat sumpah penerimaan jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak.
YB ADUN Kemunting, Dato' Zahir Bin Abdul Khalid mengangkat sumpah penerimaan jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak.
YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharudin menerima Watikah Pelantikan Exco dari Pemangku Raja Perak.
YB ADUN Behrang, Dato' Rusnah Binti Kassim menerima Watikah Pelantikan Exco dari Pemangku Raja Perak.
YB ADUN Tualang Sekah, Puan Norlee Ashilin Binti Mohammed Radzi menerima Watikah Pelantikan Exco dari Pemangku Raja Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.