SUK Perak Berjalan Kaki Mengadakan Lawatan Kerja Ke PTG

Emel Cetak PDF

Ketibaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disambut oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.

IPOH, 2 Julai 10 – Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Hashim telah mengadakan Lawatan Kerjanya yang pertama bagi tahun 2010 ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) selama setengah hari.Walau pun beliau merupakan insan yang memegang jawatan terpenting di dalam pentadbiran negeri, namun beliau memilih untuk hanya berjalan kaki dari pejabatnya bagi mengadakan lawatan kerja ke tersebut.

Ketibaan beliau disambut Pengarah PTG, Y.Bhg. Dato’ Abu Zar Omar dan pegawai-pegawai kanan PTG. Setelah diberi taklimat oleh Pengarah PTG, beliau kemudiannya mengadakan lawatan ke beberapa bahagian untuk melihat dengan lebih dekat peranan yang dimainkan oleh PTG terhadap isu cukai tertunggak, penyelesaian pemilikan tanah dan isu-isu lain yang memerlukan tindakan segera. Beliau turut berkominikasi dan beramah mesra bersama warga PTG disamping sempat memberi nasihat dan galakan ke arah perkhidmatan kerajaan untuk bergerak dengan lebih cekap lagi berkesan.

YB Dato' Seri Dr. Abdul Rahman Hashim menyampaikan amanat kepada pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak. YB Dato' Seri Dr. Abdul Rahman Hashim menyampaikan amanat kepada pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak diberi penerangan mengenai proses kerja di Bahagian Perumahan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak diberi penerangan mengenai proses kerja di Bahagian Perumahan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak meneliti proses kerja di Bahagian Industri Pejabat Tanah dan Galian. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak meneliti proses kerja di Bahagian Industri Pejabat Tanah dan Galian.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sempat beramah mesra dengan salah seorang kakitangan PTG. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sempat beramah mesra dengan salah seorang kakitangan PTG.
Read : 1191 times