KD Tun Razak Perkuat Perairan Negara

Emel Cetak PDF
Ketibaan KD Tun Razak tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

LUMUT, 2 Julai 10 – Kapal selam kedua negara iaitu Kapal Diraja Tun Abdul Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada jam 4.40 petang setelah memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April lalu. Ketibaan KD Tun Razak amat bermakna buat warga TLDM ditambah dengan keberangkatan D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan D.Y.A.M. Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa. Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Besar Perak, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta Menteri Pertahanan, Y.B. Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kepulangan KD Tun Razak juga diserikan dengan keberangkatan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut mengikuti siri pelayaran pulang dari Pulau Langkawi.

KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, pemodenan, pentadbiran dan pembangunan negara. KD Tun Razak bergerak dengan tenaga diesel dan dikendalikan oleh 32 pegawai dan anggota TLDM. Ia dilengkapi dengan sistem pertahanan termoden dan mampu untuk beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter untuk satu jangka masa yang lama. Atas ciri-ciri yang dimiliki oleh KD Tun Razak, pasti keupayaannya menepati kehendak untuk mempertahankan perairan negara sejajar dengan keperluan serta tanggungjawab yang di amanah kepada TLDM.

Sultan Selangor dan anak kapal KD Tun Razak tiba di Pengkalan Tentera Laut Lumut. Sultan Selangor dan anak kapal KD Tun Razak tiba di Pengkalan Tentera Laut Lumut.
Anak kapal diperkenalkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Anak kapal diperkenalkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
YAB Menteri Besar Perak turut hadir di majlis tersebut. YAB Menteri Besar Perak turut hadir di majlis tersebut.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Sultan Selangor melihat pameran TLDM.
Sultan Perak dan Sultan Selangor bergambar kenangan bersama anak kapal KD Tun Razak.
Read : 762 times