Penolong Pegawai Tanah Digesa Pungut Cukai Tertunggak

Emel Cetak PDF

Para peserta seminar mengambil kesempatan bersalaman dengan Y.B. Dato' Seri Dr. Abdul Rahman Hashim.

BUKIT MERAH, 25 Jun 10 – Satu Persidangan Penolong Pegawai Tanah Negeri Perak telah diadakan di Bukit Merah, Lake Town Resort. Persidangan selama tiga hari ini bertujuan untuk memperkasa dan menjadikan Penolong Pegawai Tanah sebagai pengurusan pertengahan yang terpenting dan berwibawa di pejabat-pejabat tanah daerah. Seramai 215 Penolong Pegawai Tanah dari seluruh daerah telah mengikuti seminar pada kali ini. Selain penerapan integriti yang ditekankan pada sesi-sesi ceramah, Penolong Pegawai Tanah juga digesa untuk meningkatkan usaha bagi memungut cukai-cukai tertunggak berkaitan tanah.

Sesi dialog di antara Penolong Pegawai Tanah dan pentadbiran Pejabat Tanah dan Galian juga diadakan bagi mencari mekanisme terbaik untuk memperkasakan jentera pejabat tanah negeri dan daerah. Majlis perasmian Persidangan Penolong Pegawai Tanah Negeri Perak disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Y.Bhg. Dato’ Mohd Jamal Mahussin dan Y.Bhg. Dato’ Abu Zar Omar, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.
Antara-antara peserta yang hadir di Seminar Penolong Pegawai Tanah Seluruh negeri Perak. Antara-antara peserta yang hadir di Seminar Penolong Pegawai Tanah Seluruh negeri Perak.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Abdul Rahman bin Hashim menjawab soalan yang diajukan oleh peserta seminar. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Abdul Rahman bin Hashim menjawab soalan yang diajukan oleh peserta seminar.
Salah seorang Penolong Pegawai Tanah mengajukan permasalahan pada sessi dialog di seminar tersebut. Salah seorang Penolong Pegawai Tanah mengajukan permasalahan pada sessi dialog di seminar tersebut.
Read : 809 times