Penjawat Awam Perlu Tukar Cara Laksana Kerja Dan Berfikir – MB Perak

Emel Cetak PDF
DYMM Paduka Seri Sultan Perak menandatangani plak perasmian Bangunan JKR di Hulu Perak.

GERIK, 6 Julai 10 – Penjawat awam perlu menukar cara melaksanakan kerja dan berfikir bagi mencapai sasaran serta matlamat program transformasi kerajaan merealisasikan Wawasan 2020 serta status negara berpendapatan tinggi. Justeru penjawat awam perlu prihatin kepada keperluan rakyat dengan mendapat maklumat secara terus dan melaksanakan pembangunan untuk mereka. Demikian antara aspek yang ditekankan oleh Menteri Besar Perak, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika berucap pada majlis perasmian bangunan JKR Daerah Hulu Perak dan Jamuan Rakyat.

Beliau berkata adalah menjadi harapan kerajaan Perak dalam aspek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam agar dapat diagihkan dengan seimbang di setiap daerah dan lapisan masyarakat untuk dinikmati secara adil dan saksama. Jelasnya lagi, daripada segi Indeks Pemajuan Jalanraya, Perak masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Justeru Perak memerlukan pembangunan dan pembinaan jalan raya yang dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan negeri dengan mengadakan akses kepada kawasan pedalaman serta pusat pembangunan setempat.

Majlis tersebut diserikan dengan keberangkatan D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Baginda seterusnya berkenan menyempurnakan perasmian bangunan yang mula dibina pada Februari 2007 dengan kos sebanyak RM3.36 juta. Turut berangkat D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, D.Y.A.M. Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan D.Y.A.M. Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Kira-kira 1,000 tetamu menghadiri majlis perasmian itu.

Gimik perasmian dengan membawa plak perasmian Bangunan JKR Hulu Perak menaiki kenderaan Land Rover. Gimik perasmian dengan membawa plak perasmian Bangunan JKR Hulu Perak menaiki kenderaan Land Rover.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan untuk menaiki Land Rover Jabatan Kerja Raya. DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan untuk menaiki Land Rover Jabatan Kerja Raya.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak beramah mesra dengan kakitangan Jabatan Kerja Raya. DYMM Paduka Seri Sultan Perak beramah mesra dengan kakitangan Jabatan Kerja Raya.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak menerima cenderamata daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. DYMM Paduka Seri Sultan Perak menerima cenderamata daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak bergambar kenangan dengan kakitangan JKR. DYMM Paduka Seri Sultan Perak bergambar kenangan dengan kakitangan JKR.
Read : 996 times