Emel Cetak PDF

Jentera pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan adalah diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan dibantu oleh Penasihat Undang-Undang Negeri serta Pegawai Kewangan Negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan ketua pentadbir Negeri yang dinasihati oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dalam segala aspek dan hal undang-undang, manakala di dalam hal-hal berkaitan kewangan dan belanjawan serta perbelanjaan awam, beliau akan dinasihati pula oleh Pegawai Kewangan Negeri.

Kesemua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan cawangan-cawangan agensi Kerajaan Persekutuan adalah termasuk di dalam bidang kuasa pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri. Bidang kuasa ini juga meliputi pentadbiran pejabat-pejabat daerah dan pihak-pihak berkuasa tempatan.

dr-suk

Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kini disandang oleh Y.B. Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim. Beliau berkelulusan B.A. (Hons) (Ekonomi & Sejarah) (UKM), M.B.A. (Southern New Hampshire University ) ( USA ), Ph.D. ( University of Leeds ) U.K. Beliau memulakan perkhidmatan pada 19.09.1977 sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan seperti Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, mendapat pangkat ke Tingkatan Tertinggi G, dan jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Timbalan Pengarah (Akademik) di INTAN. Beliau telah dianugerahkan Pingat D.P.C.M dan P.C.M. oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak. E-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LA-kamal Jawatan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak pula disandang oleh Y.B. Dato' Ahmad Kamal bin Md. Shahid. Beliau memperoleh Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B (Hons)) daripada UIA pada 1987. Y.B. Dato' Ahmad Kamal pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur; Majistret, Mahkamah Majistreet Temerloh dan Jerantut; Majistreet Mahkamah Majistreet Kemaman dan Dungun; Penolong Pengarah, Biro Bantuan Guaman, Kota Kinabalu; Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara,Kota Kinabalu; Peguan Kanan Persekutuan, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara, K.L; Ketua Unit, Bahagian Guaman, Cawangan Wilayah Persekutuan; dan jawatan beliau yang terakhir sebelum menjawat jawatan ini ialah sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu; dan mulai 1.6.2007 sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Undang-Undang Malaysia (1991), Jabatan Peguam Negara (1994,2000,2006). E-Mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

jamalJawatan Pegawai Kewangan Negeri Perak disandang oleh Y.B. Dato' Jamalludin Al Amini b. Haji Ahmad. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Sejarah) Universiti Malaya pada tahun 1976. Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 1976 sebagai Penolong Setiausaha, Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Wilayah persekutuan, Kementerian Kesihatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Kewangan Negeri Perak dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping. Beliau pernah dianugerahkan darjah kebesaran DPMP, PMP, AMN dan PPT. E-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

jamal_upenJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) disandang oleh Y.Bhg. Dato' Mohd. Jamal bin Mahussin. Beliau berkelulusan B. Econs. (Hons)(Ekonomi Analisa) UM dan M.B.A. (Netherlands). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 1979 sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sepanjang perkhidmatan beliau. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). E-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

bakarJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) disandang oleh Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Said. Beliau berkelulusan Master of Economics (UPM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 1 Julai 1983 sebagai Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Pertanian Malaysia, Unit Penyelaras Pelaksanaan (JPM), Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, dan Jabatan Perkhidmatan Awam sepanjang perkhidmatan beliau. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) ialah Pegawai Daerah Manjung. Beliau pernah dianugerahkan pingat PCM. E-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Read : 1161 times