
ASSALAMUALAIKUM WTH WBH DAN SALAM SEJAHTERA
SELAMAT DATANG
Negeri Perak Darul Ridzuan, sebuah negeri yang kaya dengan warisan adat dan budaya ini terletak di sebelah Barat Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Perak mempunyai keluasan 21,005 kilometer persegi.
Berlatar belakang pelbagai perspektif keindahan dengan barisan gunung-ganang dan gua batu kapur, pantai dan pulaunya yang menarik, Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dan Taman Negara yang berkeluasan 4,343 kilometer persegi berusia 130 juta tahun juga terletak bersempadan antara Perak, Terengganu dan Kelantan.
Perak yang merangka banyak catatan sejarah dalam pembentukan Negara Malaysia, telah berkembang maju menajadi sebuah negeri yang moden yang amat berpotensi dalam pelbagai lapangan teknologi, komunikasi, pendidikan dan industri.
Di samping itu, Perak mempunyai sokongan rangkaian perhubungan jalan darat terbaik yang menghubungkan segenap destinasi dengan memuaskan dari utara ke selatan mahupun ke timur. Ini terbukti dengan rangkaian Lebuh Raya Utara-Selatan yang merentasi negeri ini dari Utara hingga ke Selatan, menghubungkan pelabuhan-pelabuhan utama di dalam Negara, serta Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan dengan Pantai Timur.
Negeri yang juga dikenali sebagai The Silver State ini sentiasa membuka peluang kepada pelabur yang berminat membuat pelaburan di negeri ini dengan menyediakan segala aspek kemudahan infrastruktur daripada segi hartanah, perbankan dan komunikasi.
Selain mempunyai kemudahan kesihatan yang moden dan terkini, Perak juga telahpun bersedia untuk mencapai tahap kemajuan selaras dengan matlamat Wawasan 2020 Malaysia.
Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan


