Emel Cetak PDF
Soalan FAQ: Yayasan Perak.

1. Bagaimanakah caranya untuk membuat pinjaman pelajaran di Yayasan Perak?

Pemohon boleh mendapatkan borang di kaunter pejabat Yayasan Perak dengan bayaran RM2.00 atau menghantar sampul surat berukuran A4 beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 bersama dengan bayaran wang pos/kiriman wang sebanyak RM2.00 atau secara percuma dengan memuat turunkan dari laman web: http://www.yayasanperak.com.my

2. Bagaimanakah untuk mendapatkan penukaran status pinjaman kepada biasiswa?

Bagi pelajar-pelajar tajaan Yayasan Perak di peringkat Diploma dan Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian mulai 2001 dan berikutnya serta di peringkat Sijil yang menamatkan pengajian mulai 2005 dan berikutnya bolehlah memohon dengan berpandukan syarat-syarat di bawah:-

Pencapaian akademik keseluruhan di akhir pengajian:- (SIJIL,DIPLOMA DAN SARJANA MUDA).

Bayaran Balik:


CGPA: 3.75 hingga 4.00: Dikecualikan bayaran balik atau Kelas Pertama (100% biasiswa)
CGPA: 3.50 hingga 3.74:

Bayaran balik 50%Atau Kelas Kedua (Tinggi)

Lain-lain: Bayaran balik 100%




Read : 523 times