Emel Cetak PDF

1.

Mengemukakan keputusan permohonan dan cadangan-cadangan projek dalam masa 3 bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.

2.

Memberi input serta pandangan dari sudut sosio ekonomi yang diperlukan oleh jabatan/ agensi lain dalam masa 14 hari bekerja.

3.

Mengendalikan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri dengan teliti dan berkesan mengikut peraturan dan atur cara yang ditetapkan.

4.

Semua baucar pembayaran yang teratur akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan.

5.

Semua permohonan pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang lengkap akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan.

6.

Memastikan perjalanan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Persidangan Dewan Undangan Negeri mengikut perintah-perintah tetap Dewan.

7.

Memastikan minit Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan minit Mesyuarat Jawatankuasa disiapkan dalam masa lima (5) hari.

8.

Memproses dan mengemukakan permohonan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan pelanjutan tempoh percubaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

9.

Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Negeri dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja selepas peperiksaan.

10.

Memastikan urusan tindakan tatatertib di laksana dalam tempoh enam (6) bulan kecuali kes yang dirujuk ke mahkamah.

11.

Memaklumkan keputusan permohonan pendaftaran pembelian perumahan rakyat melalui Sistem Pendaftaran Terbuka dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan berserta dokumen lengkap.

12.

Memaklumkan keputusan temu duga penyewaan perumahan rakyat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

13.

Menyelesaikan aduan kerosakan mengenai perumahan rakyat disewa dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

14.

Memastikan bantuan khidmat penilaian yang dipohon oleh pihak berkuasa tempatan bagi sesuatu pegangan diselesaikan dalam jangkamasa sebulan.

15.

Memastikan pengagihan peruntukan projek-projek pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan dilaksanakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh penerimaan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

16.

Memanjangkan aduan yang diterima daripada pengadu ke jabatan/agensi berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

Read : 395 times