dun

IPOH, 3 APRIL 12 – DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah perbuatan yang melanggar sempadan agama Islam dan agama lain wajib dicegah dan dihentikan secara tegas bagi mengelak tercetusnya tragedi buruk di negara ini.

“Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar, malah ada di kalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan akidah umat Islam.

“Perkara menyentuh syariat dan akidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam kini dipersoalkan, dipertikaikan dan diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

“Perbuatan tersebut nyata telah melanggar sempadan dan adat resam beragama secara aman dan damai,” titah Baginda semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Turut berangkat ke majlis itu DYTM Raja Puan Besar Negeri Perak, Tuanku Zara.

Baginda bertitah, tatasusila tidak memperkecilkan agama lain, tatasusila untuk tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi.

“Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan secara terbuka dibimbangi dan bermungkinan menjadi punca tercetusnya tragedi buruk. Oleh itu perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan dicegah secara tegas daripada dibenarkan berlaku di negara ini.

“Peringatan Beta! Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri dan terhangus negeri.

“Sebagai anggota badan perundangan dewan ini, Ahli Yang Berhormat hendaklah mencerminkan sebaik contoh dan teladan dalam aspek menghormati kesucian sesuatu agama.

“Kesucian agama Islam wajib dipertahankan setiap masa dan kebebasan agama lain wajib pula dihormati dalam ruang parameter dan sempadan masing-masing,” tegas baginda.

Sebelum itu titah baginda turut menyentuh perkembangan ekonomi negeri bagi tahun 2011 yang berada pada zon pencapaian pertumbuhan sekitar lima ke enam peratus dengan hasil negeri yang terus meningkat daripada RM793.18 juta pada 2010 kepada RM820.28 juta tahun lalu.

Bajet 2012 mengunjurkan peruntukan pembangunan berjumlah RM865.12 juta bagi mengupayakan kerajaan negeri dan untuk tahun ini, RM321 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan yang merekodkan peruntukan pembangunan paling tinggi yang pernah diluluskan.

Baginda bertitah, pada tahun lalu, negeri Perak berjaya menarik komitmen pelaburan asing bernilai RM9.94 bilion, iaitu RM1.16 bilion pelaburan domestik manakala bakinya lagi pelaburan langsung asing (FDI).

“Kerajaan Beta jangan sama sekali mengizinkan negeri ini menjadi pilihan terakhir pelabur, dianggap tempat buangan atau dumping ground setelah sesuatu hasrat pelaburan itu tidak diterima di tempat lain. Kepentingan jangka panjang rakyat Beta dan kelangsungan kelestarian negeri ini tidak harus sama sekali dikompromikan,” titah baginda.

dun

Pemeriksaan kawalan Kehormatan oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

MB Perak

Ketibaan YAB Menteri Besar Perak disambut oleh Setiausaha Dewan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Sumber: Bahagian Korporat, SUK Perak.

Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia tpm ksn mb mygov MAMPU 1msia mysmsperak Like Page SUK Perak
Ke podcast feed atau Dengarkan podcast kami
info_web Info Web
Akses Kepada Portal

capaianCapaian Masa :
0.36 saat

kemasKemaskini Terakhir :
16-04-2014 05:36
info_web Statistik Pelawat
Jumlah kehadiran pelawat


item    Hari Ini60
item    Semalam491
item    Minggu Ini2890
item    Bulan Ini5605
item    Keseluruhan3149616