Jentera pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan adalah diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan dibantu oleh Penasihat Undang-Undang Negeri serta Pegawai Kewangan Negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan ketua pentadbir Negeri yang dinasihati oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dalam segala aspek dan hal undang-undang, manakala di dalam hal-hal berkaitan kewangan dan belanjawan serta perbelanjaan awam, beliau akan dinasihati pula oleh Pegawai Kewangan Negeri.

Kesemua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan cawangan-cawangan agensi Kerajaan Persekutuan adalah termasuk di dalam bidang kuasa pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri. Bidang kuasa ini juga meliputi pentadbiran pejabat-pejabat daerah dan pihak-pihak berkuasa tempatan.

yb ss

Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kini disandang oleh Y.B. Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan. Beliau berkelulusan B.A. (Hons) (Pengajian Asia Tenggara) (UM), D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan pada 09 Januari 1984 sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau telah dianugerahkan Pingat D.P.M.P oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak. Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

d kamal Jawatan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak pula disandang oleh Y.B. Dato' Ahmad Kamal bin Md. Shahid. Beliau memperoleh Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B (Hons)) daripada UIA pada 1987. Y.B. Dato' Ahmad Kamal pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur; Majistret, Mahkamah Majistreet Temerloh dan Jerantut; Majistreet Mahkamah Majistreet Kemaman dan Dungun; Penolong Pengarah, Biro Bantuan Guaman, Kota Kinabalu; Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara,Kota Kinabalu; Peguan Kanan Persekutuan, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara, K.L; Ketua Unit, Bahagian Guaman, Cawangan Wilayah Persekutuan; dan jawatan beliau yang terakhir sebelum menjawat jawatan ini ialah sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu; dan mulai 1.6.2007 sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Undang-Undang Malaysia (1991), Jabatan  Peguam Negara (1994,2000,2006). Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

d ghazaliJawatan Pegawai Kewangan Negeri Perak disandang oleh Y.B. Dato' Haji Mohd. Ghazali bin Jalal. Beliau berkelulusan Bachelor Science Hours Micro Biology, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 1981 sebagai Pegawai Tadbir Universiti Putera Malaysia (UPM). Beliau telah dilantik Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983 sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Pertanian. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri ialah Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

d razaliJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) disandang oleh Y.Bhg. Dato’ Razali Bin Othman. Beliau berkelulusan B.A. (Hons) (Pengajian Asia Tengggara) (UM), D.P.A. (INTAN), D.P.A. (University of Convertry), U.K., M.B.A. (University of Coventry), U.K.. Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 1983 sebagai Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Negeri. Beliau juga pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan Setiausaha, Majlis Perbandaran Ipoh sepanjang perkhidmatan beliau. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) ialah Pegawai Daerah Kinta pada tahun 2007. Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

d bakarJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) disandang oleh Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Said. Beliau berkelulusan Master of Economics (UPM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 1 Julai 1983 sebagai Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Pertanian Malaysia, Unit Penyelaras Pelaksanaan (JPM), Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, dan Jabatan Perkhidmatan Awam sepanjang perkhidmatan beliau. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) ialah Pegawai Daerah Manjung. Beliau pernah dianugerahkan pingat PCM. Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia tpm ksn mb mygov MAMPU 1msia mysmsperak
Ke podcast feed atau Dengarkan podcast kami
info_web Info Web
Akses Kepada Portal

capaianCapaian Masa :
0.43 saat

kemasKemaskini Terakhir :
16-05-2013 01:38
info_web Statistik Pelawat
Jumlah kehadiran pelawat


item    Hari Ini71
item    Semalam194
item    Minggu Ini1456
item    Bulan Ini3681
item    Keseluruhan3086640
  X

INFO TERKINI

  • Kenyataan Media Dewan Negara Perak - Lantikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Klik di sini.
 
  • Tawaran Sebutharga Bil 4/2013. Klik di sini.