Print

Mengenai Kami

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak merupakan medium rasmi kerajaan negeri yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat serta perkhidmatan dengan berkesan kepada rakyat secara atas talian.

Portal ini mengandungi maklumat mengenai sejarah negeri, kerajaan negeri, jentera pentadbiran negeri, aplikasi secara atas talian, serta maklumat-maklumat terkini yang ingin disampaikan kepada rakyat sebagai makluman dan rujukan.

Portal ini ditadbir oleh Bahagian Korporat, Pejabat SUK Perak yang bertanggungjawab dalam memastikan kandungan dalam portal adalah terkini dan sahih. Portal ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat SUK Perak yang bertanggungjawab memberi bantuan teknikal dan memastikan ia selamat daripada pencerobohan.