• Profil Bahagian
  • Visi, Misi dan Objektif
  • Fungsi
  • Carta Bahagian
  • Perkhidmatan
  • PEMUDAH

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh Perak

Tel: 05-2095000 samb. 5126
Faks: 05- 2418173
Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Said
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
 

VISI

Memperkasa jentera pentadbiran negeri bagi mencapai taraf dunia pada 2015 bagi meningkatkan kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

MISI

1) Membangunkan tadbir urus yang baik
2) Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang unggul
3) Meningkatkan kesejahteraan rakyat Negeri Perak

OBJEKTIF

Meningkatkan pembangunan ekonomi,sosial serta kualiti hidup rakyat secara adil dan saksama.

Strategi 1: 
Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program dan projek pembangunan ekonomi dan sosial. Di bawah strategi ini terdapat beberapa program yang diatur untuk mencapai matlamat kedua ini. Program tersebut ialah makro, industri dan usahawan, pelancongan, sosial, pertanian, infrastruktur, perumahan rakyat dan pembangunan pengkalan data yang menyeluruh.

Strategi 2: 
Merancang, menyelaras penyediaan dan penilaian bajet pembangunan. Program - program yang dirancang di bawah strategi ini adalah pembangunan perumahan rakyat dan pembangunan sistem pengawasan.

Strategi 3: 
Menjalankan penyelidikan dan menyediakan khidmat nasihat berhubung dengan isu-isu ekonomi dan sosio-ekonomi yang melibatkan program-program Perak Maju 2015 dan kemiskinan tegar sifar 2010.

FUNGSI

- Merancang cadangan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun peruntukan Kerajaan Persekutuan
- Merancang dan memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Lima Tahun Peruntukan Kerajaan Negeri
- Menyediakan penilaian dan memantau pelaksanaan projek-projek penswastaan
- Memproses permohonan pengambilan balik tanah
- Menyediakan Titah Ucapan DYMM bagi perasmian DUN serta sempena Hari Keputeraan
- Menyediakan jawapan kepada soalan lisan dan bertulis DUN dan menyediakan Ucapan Penggulungan DUN
- Menyediakan strategi pembangunan negeri
- Khidmat nasihat berhubung isu-isu ekonomi dan sosio-ekonomi

Klik carta di atas untuk paparan lebih jelas.

PASUKAN PETUGAS KHAS PEMUDAHCARA PERNIAGAAN (PEMUDAH) NEGERI PERAK

Visi dan Nilai

  1. Bagi mencapai penandaras antarabangsa yang berteraskan pelanggan secara global, berinovasi, sektor awam dan swasta yang proaktif di dalam menyokong ekonomi yang berdaya saing dan kompetetitif, diperkukuhkan dengan nilai-nilai seperti berikut:-
  2. Kesedaran untuk lebih pantas;
  3. Kerjasama yang proaktif di antara sektor awam dan swasta;
  4. Untuk tujuan sokongan dan bukan menghalang;
  5. Syarat dan peraturan yang berpatutan; dan
  6. Meningkatkan integriti perkhidmatan
Sila klik maklumat-maklumat berikut untuk maklumat lebih lanjut mengenai PEMUDAH Negeri Perak:
  1. Panduan Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri Negeri Perak Darul Ridzuan
  2. Terma-terma Rujukan
  3. Keahlian
  4. Struktur PEMUDAH
  5. Piagam Pelanggan

Jika anda mempunyai sebarang cadangan, sila isikan borang maklum balas berikut. Terima kasih.