Ahad, 26 Mac 2017
 
  • Kemaskini Terakhir:23 Mac 2017
 
lain

Piagam Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Kami beriltizam untuk memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :

 

1.

Mengemukakan keputusan permohonan dan cadangan projek yang lengkap dalam masa tiga (3) bulan.

2.

Memberi input serta pandangan dari sudut sosio ekonomi yang diperlukan oleh jabatan/agensi lain dalam masa 14 hari bekerja.

3.

Mengendalikan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri dengan teliti dan berkesan mengikut peraturan dan atur cara yang ditetapkan.

4.

Semua baucar pembayaran yang teratur akan dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh penerimaan invois yang lengkap.

5.

Semua permohonan pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang lengkap akan diproses dan diputuskan dalam tempoh lima (5) bulan selepas tarikh tutup permohonan.

6.

Memastikan Mesyuarat Dewan Negeri diadakan tiga (3) kali setahun.

7.

Memastikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) diadakan sebanyak tiga puluh enam (36) kali setahun.

8.

Memproses dan mengemukakan permohonan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan pelanjutan tempoh percubaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.

9.

Memproses kelulusan keluar negara bagi kumpulan sokongan pelaksana gred 40 ke bawah, bagi permohonan yang lengkap dalam masa 7 hari bekerja.

10.

Mendaftar permohonan pembelian rumah kos rendah melalui Sistem e-Perumahan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

11.

Memaklumkan keputusan temu duga penyewaan perumahan rakyat dalam tempoh (14) hari bekerja.

12.

Menyelesaikan aduan kerosakan bagi Program Perumahan Rakyat Disewa dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja daripada tarikh pertemuan dengan pengadu.

13.

Memproses tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK) Kerajaan Negeri dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima dokumen lengkap daripada 17 PBT. (Termasuk DBKL dan MPPP).

14.

Mengagihkan peruntukan projek-projek pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan dilaksanakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh penerimaan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

15.

Memanjangkan aduan yang diterima daripada pengadu ke jabatan/agensi berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

16.

Mengemukakan penemuan audit/laporan yang seimbang dan bebas kepada Jawatankuasa Audit pada setiap suku tahun.