Piagam Pelanggan
| Piagam Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak | |
| Kami beriltizam untuk memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut : | |
| 1. |
Mengemukakan keputusan permohonan dan cadangan projek yang lengkap dalam masa 3 bulan. |
| 2. |
Memberi input serta pandangan dari sudut sosio ekonomi yang diperlukan oleh jabatan/ agensi lain dalam masa 14 hari bekerja. |
| 3. |
Mengendalikan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri dengan teliti dan berkesan mengikut peraturan dan atur cara yang ditetapkan. |
| 4. |
Semua baucar pembayaran yang teratur akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan invois yang lengkap. |
| 5. |
Semua permohonan pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang lengkap akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan. |
| 6. |
Memastikan perjalanan Persidangan Dewan Negeri berjalan lancar. |
| 7. |
Memastikan pengurusetiaan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) diadakan secara teratur. |
| 8. |
Memproses dan mengemukakan permohonan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan pelanjutan tempoh percubaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tempoh sepuluh (15) hari bekerja. |
| 9. |
Memastikan urusan tindakan tatatertib di laksana dalam tempoh enam (6) bulan kecuali kes yang dirujuk ke mahkamah. |
| 10. |
Mendaftar permohonan pembelian rumah kos rendah melalui Sistem Pendaftaran Terbuka dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. |
| 11. |
Memaklumkan keputusan temu duga penyewaan perumahan rakyat dalam tempoh 14 hari bekerja. |
| 12. |
Menyelesaikan aduan kerosakan bagi Program Perumahan Rakyat Disewa dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja. |
| 13. |
Memproses tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK) Kerajaan Negeri dalam tempoh 10 hari bekerja selepas menerima dokumen lengkap daripada 17 PBT. (Termasuk DBKL dan MPPP). |
| 14. |
Mengagihkan peruntukan projek-projek pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan dilaksanakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh penerimaan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.(Termasuk DBKL dan MPPP) |
| 15. |
Memanjangkan aduan yang diterima daripada pengadu ke jabatan/agensi berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. |
| 16. |
Mengemukakan penemuan audit/ Laporan yang seimbang dan bebas kepada Jawatankuasa Audit pada setiap suku tahun. |
















