Satu inisiatif untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan melalui SMS dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor tunggal iaitu 15888.
Penyeragaman format dan proses akan dilaksanakan untuk semua perkhidmatan SMS bagi memudahkan orang ramai berurusan dan mengelakkan kekeliruan.
Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, orang ramai akan dapat berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan melalui SMS selain daripada saluran perkhidmatan sedia ada seperti berurusan melalui kaunter, telefon, internet dan sebagainya.

Gerbang SMS Kerajaan MySMS 15888 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak adalah satu saluran yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.