Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Selamat datang ke Laman Rasmi Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. Saya ingin memanjat kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya laman ini telah dibangunkan semula dengan keadaan rupa yang berwajah baru. Melalui Laman Rasmi Pejabat Sultan Perak Darul Ridzuan, para pengunjung akan dapat memperolehi pelbagai informasi terutamanya mengenai pentadbiran Pejabat Sultan, maklumat dan sejarah kesultanan Perak, bandar Kuala Kangsar - Bandar Di-Raja dan lain-lain.
Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita berpeluang menikmati segala ledakan maklumat dalam era globalisasi ini. Laman ini juga merupakan sebagai pintu masuk ke Kuala Kangsar, Bandar Di-Raja yang semamangnya banyak menyimpan sejarah mengenai kesultanan Perak. Diharap dengan adanya laman ini, pengunjung dapat mengenali Bandar Kuala Kangsar dengan lebih dekat secara maya secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan organisasi ini terhadap pentadbiran negeri khasnya dan negara amnya.
Sekian, wassalam.
(Raja Dato' Mansur b Raja Razman, D.P.C.M, K.M.N, J.P.)
Dato Pengelola Bijaya Di-Raja,
Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak,
33007 Kuala Kangsar.