Lawatan Penanda Aras Jabatan Akauntan Negara Malaysia Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 7 Jun 2023 (Rabu) bagi melihat pelaksanaan EKSA di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Objektif lawatan ini adalah sebagai salah satu usaha Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk menambahbaik perlaksanaan dan amalan EKSA di jabatan mereka. Seramai 17 orang pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang diketuai oleh Encik Khairuddin bin Mohd Ariffin merangkap sebagai Penyelaras, Setiausaha, Ahli-ahli Jawatankuasa dan wakil setiap zon yang dipilih untuk menyertai lawatan penanda aras tersebut.

Lawatan dimulakan dengan taklimat di Bilik Gerakan Negeri Perak,
Bangunan Perak Darul Ridzuan yang dipengerusikan oleh Puan Anita binti Amri selaku Penyelaras EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diikuti dengan lawatan ke Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri dan di sekitar bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hakcipta Terpelihara © 2022 EKSA Negeri Perak. Kemaskini : 08/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928