Lawatan Penanda Aras Pasukan Eksa Majlis Daerah Perak Tengah Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menerima lawatan kerja dari Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) pada 20 Jun 2023 (Selasa) di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tentang cara pelaksanaan EKSA di Pejabat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pejabat Setiausaha Kerajan Negeri Perak amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Setiausaha MDPT iaitu Encik Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi selaku Pengerusi EKSA MDPT serta 20 orang pegawai yang terdiri daripada Penyelaras,Fasilitator,Setiausaha,Ahli Jawatankuasa,Ketua Zon dan AJK Audit EKSA MDPT.

Lawatan dimulakan dengan taklimat di Bilik Gerakan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan yang dipengerusikan oleh Puan Anita binti Amri selaku Penyelaras EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diikuti dengan lawatan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hakcipta Terpelihara © 2022 EKSA Negeri Perak. Kemaskini : 08/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928