Majlis Penutupan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Majlis Penutupan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan pada pada 8 Mac 2023 di Bilik Gerakan Negeri PSUK Perak. Majlis penutupan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Semasa sesi penutupan ini Juruaudit telah membentangkan hasil penemuan pengauditan EKSA bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan dari sesi pengauditan tersebut sebanyak 26 amalan baik dan 21 teguran telah ditemui. Pihak Jawatankuasa Induk & Pelaksanaan EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berharap supaya mendapat keputusan yang CEMERLANG dengan markah 90.0 hingga 100.0 dan melayakkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mendapatkan pensijilan daripada pihak MAMPU.

Hakcipta Terpelihara © 2022 EKSA Negeri Perak. Kemaskini : 08/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928