Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Tahun 2023.

Pada 19 Jun 2023 (Isnin), YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim telah menyerahkan sijil CEMERLANG EKSA (15 Mac 2023-14 Mac 2025) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kepada YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman. Berdasarkan kepada sesi Audit Pensijilan Semula EKSA peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang diadakan pada 6-8 Mac 2023 yang lalu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah layak mendapat pensijilan EKSA dengan status “Cemerlang” oleh MAMPU.

Dalam majlis yang sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2023. Dalam pertandingan berkenaan, 7 kategori telah dipertandingkan yang membawa wang tunai RM300 dan sijil penghargaan bagi setiap kategori. Penyampaian hadiah telah disampaikan kepada Ketua Bahagian masing-masing.

Bagi kategori Zon Terbaik, Workstation Terbaik dan Bilik Pegawai Terbaik telah dimenangi oleh Zon Ibnu Khaldun dari Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri. Manakala Bilik Mesyuarat Terbaik dan Sudut EKSA Terbaik dimenangi oleh Zon Akar Dani dari Bahagian Khidmat Pengurusan. Kategori seterusnya ialah Pantri Terbaik dan Sudut Go Green Terbaik dimenangi oleh Zon Floraria dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan semangat bekerjasama serta dapat menonjolkan kreativiti setiap bahagian

Bilik Mesyuarat Terbaik (BKP)
Workstation Terbaik (UPEN)
Bilik Pegawai Terbaik (UPEN)
Sudut EKSA Terbaik (BKP)
Sudut Go Green TERBAIK (PSM)
Pantry Terbaik (PSM)
Hakcipta Terpelihara © 2022 EKSA Negeri Perak. Kemaskini : 08/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928