Sultan Nazrin Berkenaan Sampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang SMK Sultan Yussuf : 14 April 2018

Sultan Nazrin Berkenaan Sampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang SMK Sultan Yussuf

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Diraja Pingat Emas Sultan Azlan Shah kepada Mohamad Firdaus Bin Mohamed Yusuf.

BATU GAJAH, 14 APRIL 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yussuf.

Ketibaan baginda di sekolah berkenaan disambut dengan paluan kompang dan gamelan diikuti dengan persembahan koir dan pancaragam oleh pelajar di Dewan Sultan Yussuf di sekolah berkenaan.

Turut berangkat ke majlis itu, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut mengiringi, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Hadir sama, YBhg Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Dato’ Mat Lazim Bin Idris dan Pengetua SMK Sultan Yussuf, Encik Zulkafli Bin Mohamed Mokhtar.

Pada majlis berkenaan, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada 129 pelajar cemerlang termasuk 34 bekas calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 24 pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan 41 calon yang memperoleh yang memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut menyampaikan Anugerah Diraja, Pingat Emas Sultan Azlan Shah kepada Mohamad Firdaus Bin Mohamed Yusuf.

Anugerah khas turut dikurniakan kepada lima tokoh dan ikon pelajar yang masing-masing dikurniakan Tokoh Kepimpinan, Ikon Ko-kurikulum dan Ikon Kurikulum.

Sultan Nazrin Berkenaan Sampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang SMK Sultan Yussuf

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Nurul Athirah Binti Huzaimi yang menjadi Ikon Kokurikulum SMK Sultan Yussuf.

Sultan Nazrin Berkenaan Sampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang SMK Sultan Yussuf

DYMM Paduka Seri Sultan Perak mencemar duli merasmikan majlis tersebut.

Sultan Nazrin Berkenaan Sampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang SMK Sultan Yussuf

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan mencemar duli menyantuni salah seorang pelajar OKU SMK Sultan Yussuf.

Sultan Nazrin Berkenaan Sampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang SMK Sultan Yussuf

Persembahan Koir daripada pelajar SMK Sultan Yussuf.

Sumber : Korporat, SUK Perak.