Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12 : 12 Mei 2018

Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12

YAB Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menandatangani watikah pelantikan.

KUALA KANGSAR, 12 MEI 2018 - YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, dilantik sebagai YAB Menteri Besar Perak ke-12.

Pelantikan beliau telah di perkenan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah di Istana Iskandariah.

Turut berkenan hadir, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

DYTM Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYAM Raja Dihilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta Raja Puan Muda, Tuanku Soraya Sultan Abdul Halim, turut berkenan hadir.

Yang turut hadir, mantan YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Kajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia.

Beliau pernah menjadi Pegawai Khas Kanan YAB Menteri Besar Kedah dan sebelum itu pernah menjadi Pegawai Khas Menteri Kesihatan selain Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

PROFIL MENTERI BESAR PERAK KE-12

NAMA: YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu

UMUR: 48 tahun

TARIKH LAHIR: 10 Jun 1970

TEMPAT LAHIR: Ipoh

ISTERI: Dr Nomee Ashikin Binti Mohammed Radzi

ANAK: Dua (12 tahun dan 17 tahun) 

PENDIDIKAN: Universiti Edith Cowan (Pengajian Perniagaan) 

KARIER: 

2018: YAB Menteri Besar Perak

2017-kini: Pengerusi Pakatan Harapan Perak

2017-kini: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 

2013-2016: Pegawai Kanan Khas YAB Menteri Besar Kedah

2011-2013: Pegawai Khas YB Menteri Kesihatan

 

Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12

YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen  Dato' Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi  Bin Haji Zainuddin membaca watikah perlantikan Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu sebagai Menteri Besar Perak Ke-12.

Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12

YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu membacakan ikrar angkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak Ke-12.

Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12

YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama tetamu mengaminkan doa selepas selesai majlis perlantikan tersebut.

Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melantik Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu sebagai Menteri Besar Perak Ke-12.

Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan titah dalam majlis pelantikan YAB Menteri Besar Perak Ke-12.

Sumber : Korporat, SUK Perak.