2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat : 15 Mei 2018

2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat

YAB Menteri Besar ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

IPOH, 15 MEI 2018 - DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan mencemar duli ke Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Rakyat Perak bersama YAB Menteri Besar Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, di Dataran Bandaraya Ipoh.

Majlis tersebut yang dihadiri YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir turut diserikan dengan kehadiran lebih 2,000 warga bandar raya yang terdiri di kalangan pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.

YAB Ahmad Faizal serta isteri Nomee Ashikin Mohammed Radzi tiba di dataran berkenaan sekitar 8.45 malam disambut Datuk Bandar Ipoh, YBhg Dato’ Zamri Bin Man dan Setiausaha Bandaraya, Encik Zakuan Bin Zakaria.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharuddin dan Ketua Pemuda Amanah Negeri, Hasnul Bin Zakaria.

YAB Menteri Besar ketika ditemui berkata, majlis berkenaan diadakan bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan semua masyarakat di sekitar bandar raya yang telah memilih Pakatan Harapan (PH) selaku kerajaan negeri baharu.

Katanya, pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena majlis tersebut dan rata-rata rakyat menyambut baik pelaksanaan majlis berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami. Program seumpama ini merupakan platform untuk para pemimpin dan rakyat jelata mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.

“Kita juga rasa dengan sambutan yang menggalakkan ini, ia akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan,” ujar beliau.

2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat

YAB Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis tersebut.

2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat

DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Rja Muda Musa berkenan mencemar duli beramah mesra dengan YAB Menteri Besar dan tetamu kehormat yang lain.

2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat

Persembahan silat antara acara yang dilangsungkan dalam majlis berkenaan.

2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat

YAB Menteri Besar Kedah ketika menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan.

2,000 Warga Bandar Raya Hadir Majlis Penghargaan Kepada Rakyat

Dato' Jamal Abdillah antara penyanyi undangan yang dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.