Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah : 19 Mei 2018

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YAB Menteri Besar Perak bersama 10 anggota Exco Kerajaan Negeri Perak yang telah mengangkat sumpah.

KUALA KANGSAR, 19 MEI 2018 - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.

Berangkat sama dalam istiadat tersebut ialah DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah.

Majlis yang bermula pada pukul 5.30 petang itu didahului dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Bin Syed Azlan Al-Hafiz.

Mengetuai senarai mengangkat sumpah YB ADUN Manjoi, Encik Asmuni Bin Awi diikuti YB ADUN Tronoh, Encik Paul Yong Choo Kiong dan YB ADUN Kuala Kurau, Encik Abdul Yunus Bin Jamhari.

Turut mengangkat sumpah adalah YB ADUN Sungai Rapat, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaludin diikuti ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bin Bari dan YB ADUN Sungkai, Encik A. Sivanesan.

Manakala, empat lagi wakil rakyat yang mengangkat sumpah sebagai Exco adalah YB ADUN Pantai Remis, Cik Wong May Ing, YB ADUN Simpang Pulai, Encik Tan Kar Hing, YB ADUN Titi Serong, Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim serta YB ADUN Pasir Pinji, Encik Howard Lee Chuan How.

Bagaimanapun portfolio bagi kesemua Exco Kerajaan Negeri yang dilantik dijangka hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Pada Sabtu lalu, YAB Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu yang juga merupakan Pengerusi Harapan Perak mengangkat sumpah sebagai YAB Menteri Besar Perak ke-12.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Titi Serong, Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim mengangkat sumpah selaku Exco Kerajaan Negeri Perak.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Sungai Rapat, Dato' Seri Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaludin mengangkat sumoah selaku antara salah seorang barisan Exco Kerajaan Negeri.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Tebing Tinggi, Dr Aziz Bin Bari mengangkat sumpah selaku Exco Kerajaan Negeri Perak.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Tronoh, Encik Paul Yong Choo Kiong mengangkat sumpah selaku antara Exco Kerajaan Negeri Perak yang dilantik.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Pantai Remis, Cik Wong May Ing mengangkat sumpah selaku Exco Kerajaan Negeri Perak.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Manjoi, Encik Asmuni Bin Awi mengangkat sumpah selaku Exco Kerajaan Negeri Perak.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Sungkai, Encik A. Sivanesan mengangkat sumpah selaku anggota Exco Kerajaan Negeri Perak.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Simpang Pulai, Encik Tan kar Hing mengangkat sumpah selaku Exco Kerajaan Negeri Perak.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Kuala Kurau, Encik Abdul Yunus Bin Jamhari mengangkat sumpah selaku Exco Kerajaan Negeri Perak.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah

YB ADUN Pasir Pinji, Encik Howard Lee Chuan How mengangkat sumpah selaku barisan Exco Kerajaan Negeri Perak yang dilantik.

Sumber : Korporat, SUK Perak.