DYMM Paduka Seri Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan RM14.04 Juta : 2 Jun 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan 14.04 Juta

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada YBhg Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Perak, YBhg Dato' Badlisyah Abdul Ghani.

IPOH, 2 JUN 2018 - KUALA KANGSAR - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berbuka puasa bersama media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan belia, di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Turut berkenan hadir, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tunku Zara Salim.

Hadir sama pada majlis itu YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan isteri, Dr Nomee Ashikin Binti Dato’ Mohamed Radzi.

Yang turut hadir, YBhg Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Dato’ Seri Abdul Jalil Bin Hamid dan Pengarang Eksekutif Berita Harian, Dato’ Ahmad Zaini Bin Kamaruzzaman.

DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama tetamu di istana berkenaan.

Pada majlis itu, baginda turut menerima zakat perniagaan bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM14.04 juta.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM3.96 juta diserahkan oleh Lembaga Tabung Haji, diikuti PLUS Malaysia Berhad (RM3.67 juta), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (RM3 juta) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (RM1.28 juta).

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Maybank Islamic Berhad (RM648,181), Bank Islam Malaysia Berhad (RM373,249), Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (RM300,000) dan RHB Islamic Bank Berhad (RM250,000).

Selain itu, Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM223,486), Etiqa Family Takaful Berhad (RM132,000), Aiman Asset Management Sdn Bhd (RM113,000) dan Affin Islamic Bank Berhad (RM100,000).

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan 14.04 Juta

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima cek perniagaan daripada YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Gazali Jalal selaku wakil daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI).

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan 14.04 Juta

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada YBhg Pengarah Urusan, PLUS Malaysia Berhad, Dato' Azman Ismail.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan 14.04 Juta

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu kehormat yang hadir dalam majlis tersebut.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan 14.04 Juta

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenaan menyantuni wakil media yang turut sama hadir menceriakan majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.