Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media Perak : 7 Jun 2018

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media Perak

YAB Ahmad Faizal Azumu turut mengagihkan sendiri hidangan kepada media yang hadir.

IPOH, 7 JUN 2018 - Lebih 100 pengamal media Perak diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di Rumah Kutai berhampiran Bulatan Amanjaya Meru.

Antara media yang terlibat adalah Bernama, Utusan Berhad, Kumpulan Media Prima, Perak Today, Suara Perak, The Sun, Sinar Harian dan lain-lain lagi.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu selaku tetamu kehormat.

YAB Menteri Besar ketika ditemui menjelaskan tujuan utama program itu diadakan adalah untuk meraikan bulan Ramadhan selain mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu turut berkata, beliau berharap pihak media dapat bekerjasama dan memberikan komitmen terbaik dalam melaporkan berita khususnya berkaitan pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan terus melakukan yang terbaik khususnya dalam melancarkan pentadbiran kerajaan negeri.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media Perak

YAB Ahmad Faizal Dato' Azumu berkongsi pandangan dan pendapat bersama ketua-ketua biro.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media Perak : 7 Jun 2018

YAB Menteri Besar Perak sempat beramah mesra bersama pengamal media Negeri Perak.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media Perak : 7 Jun 2018

YAB Menteri Besar Perak bergambar kenangan bersama ketua-ketua biro di hadapan Restoran Labu Sayung.

Sumber : Korporat, SUK Perak.