50,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Di MAPS : 15 Jun 2018

50,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Di MAPS

YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama barisan Exco Kerajaan Negeri semasa sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang berlangsung di MAPS.

IPOH, 15 Jun 2018 – Lebih daripada 50,000 pengunjung membanjiri Movie Animation Park Studio (MAPS) pada sambutan 1 Syawal bagi memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Perak.

Malah, acara yang dijadualkan bermula pada pukul 3 hingga 6 petang itu telah dipanjangkan sehingga jam 8 malam berikutan sambutan luar jangkaan pengunjung yang datang ke taman animasi berkenaan.

YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, beliau bersyukur malah berterima kasih dengan kehadiran semua ke jamuan Aidilfitri tersebut walaupun dalam keadaan cuaca terik.

“Saya nampak semua keceriaan di kalangan orang ramai, tidak kurang menikmati juadah hari raya malah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalam taman tema ini.

“Ini adalah perkara yang dapat kita pupuk di Negeri Perak ini, agar rakyat dapat bersatu padu dan meraikan segala perayaan tanpa mengira bangsa dan agama,” kata beliau.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mencadangkan penambahbaikan dilakukan di beberapa lokasi pelancongan serta taman rekreasi, bertujuan meningkat kedatangan pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara. 

 “Kita bukan sahaja ada MAPS, kita ada bulatan Meru, Lost World Of Tambun, Bukit Merah Laketown Resort, banyak lagi tempat menarik dan antara taman yang paling saya suka adalah taman rekreasi Taman D.R. Seenivasangam, dapat kita jadikan lokasi program di masa akan datang.

“Saya percaya, (rumah terbuka) ianya akan dapat mengembalikan kegemilangan tempat-tempat tersebut,” ujar beliau.

50,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Di MAPS

Antara ribuan pengunjung yang hadir pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di MAPS.

50,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Di MAPS

YAB Menteri Besar melayani tetamu cilik yang menceriakan sambutan rumah terbuka Aidilfitri di MAPS.

50,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Di MAPS

Pengunjung luar negara turut bersama dalam menyerikan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di MAPS.

50,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Di MAPS

YAB Menteri Besar menyambut kedatangan pengunjung yang terdiri daripada masyarakat sekitar Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.