Seramai 2,900 Jemaah Haji Terlibat Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M : 30 Jun 2018

Seramai 2,900 Jemaah Haji Terlibat Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M

YB Prof Dr Abdul Aziz Bin Bari ketika berucap dalam perasmian kursus berkenaan.

IPOH, 30 JUN 2018 - Seramai 2,900 bakal jemaah haji mengikuti Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M peringkat Negeri Perak yang bertempat di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bin Bari berkata, kursus berkenaan dianjurkan bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji terutama daripada segi praktikal dan platform untuk mendapatkan maklumat terkini sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.

“Bakal Jemaah diberikan pendedahan melaksanakan ibadat haji melalui latihan amali secara simulasi seperti bertawaf, saie, melontar jamrah serta amalan beribadah secara berkumpulan.

“Simulasi secara berkumpulan ini memberikan pendedahan terhadap situasi di tanah suci yang akan dikunjungi oleh jutaan umat Islam dari seluruh dunia,” kata beliau.

Beliau berkata, kursus perdana haji itu juga dilaksanakan dengan bimbingan dan tunjuk ajar lebih 120 individu terdiri di kalangan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Negeri dan Pembimbing Ibadat haji (PIHTAS) yang memperoleh pentauliahan khas daripada Tabung haji.

“Kursus ini juga turut diselia lebih 600 petugas haji yang akan bertugas di Tanah Suci,” katanya.

Menurut beliau, bakal jemaah haji turut dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan mengawal pemakanan bagi mengelakkan perkara di luar jangkaan berlaku.

“Sepanjang berada di tanah suci, bakal haji juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan Tabung haji dan kerajaan Arab Saudi demi kebaikan bersama,” katanya.

Selain itu, YB Prof. Dr. Abdul Aziz Bin Bari berkata, Tabung Haji turut melaksanakan beberapa kursus haji merangkumi Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Khas Haji bagi warga emas.

Beliau berkata, kursus-kursus tersebut merupakan antara program pendidikan dan bimbingan yang disediakan oleh Tabung haji secara percuma dalam membantu meningkatkan pengetahuan khususnya berkaitan ibadah haji.

Seramai 2,900 Jemaah Haji Terlibat Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M

YB Prof Dr Abdul Aziz bin Bari beramah mesra dengan bakal jemaah haji.

Seramai 2,900 Jemaah Haji Terlibat Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M

Bakal jemaah haji lelaki yang menyertai kursus berkenaan.

Seramai 2,900 Jemaah Haji Terlibat Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M

YB Dato' Haji Gazali Bin Jalal turut beramah mesra dengan bakal jemaah haji yang menyertai kursus berkenaan.

Seramai 2,900 Jemaah Haji Terlibat Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M

Antara sebahagian bakal jemaah haji yang menyertai Kursus Perdana Haji di Pengkalan TLDM.

Seramai 2,900 Jemaah Haji Terlibat Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M

YB Prof Dr Abdul Aziz Bin Bari bersama tetamu kehormat yang terlibat dalam majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.