DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sertai 1,500 Jemaah Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Sultan Idris Shah II : 24 Ogos 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sertai 1,500 Jemaah Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Sultan Idris Shah II

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama jemaah mendengar khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Abd Farid Bin Haji Salleh.  

IPOH, 24 OGOS 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai lebih 1,500 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II, Jalan Panglima Bukit Gantang.

Turut berangkat, DYTM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris. Ketibaan baginda sekitar 8.30 pagi turut disambut YAB Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dengan diiringi barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Selain itu, antara yang turut serta dalam solat sunat itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Gazali Bin Jalal dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Solat sunat Aidiladha yang berlangsung hampir dua jam itu diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Abd Farid Bin Haji Salleh.

Baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat ke Istana Cempaka Sari bagi menghadiri Majlis Jamuan Aidiladha.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sertai 1,500 Jemaah Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Sultan Idris Shah II

Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Abd Farid Bin Haji Salleh mengetuai bacaan doa selepas solat sunat Aidiladha.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sertai 1,500 Jemaah Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Sultan Idris Shah II

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan  bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Sultan Idris Shah II untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Sumber : Korporat, SUK Perak.