Daerah Kinta Pembuka Tirai Larian Obor SUKMA Perak XIX : 02 September 2018

Daerah Kinta Pembuka Tirai Larian Obor SUKMA Perak XIX

YB Prof Dr Abdul Aziz Bin Bari merasmikan larian obor yang disertai pelbagai pihak diperkarangan Stadium Indera Mulia.  

IPOH, 02 SEPTEMBER 2018 - Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada atlet serta pelbagai agensi menyertai Larian Obor yang bermula di daerah Kinta, bersempena Sukan Malaysia (SUKMA) Perak XIX pada September ini.

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Insan, Howard Lee Chuan Chow, program Larian Obor ini akan berlangsung pada 1 hingga 10 September 2018.

“Kita sebagai tuan rumah memang bersiap sedia dari pelbagai sudut bagi menjayakan SUKMA di sini, Larian Obor yang diadakan di Daerah Kinta ini juga sebagai simbolik yang kita sudah bersedia menerima kedatangan para atlet dari seluruh Malaysia.

Cadangan aktiviti Larian Obor di 12 daerah seterusnya seperti Muallim, Batang Padang dan Kampar di Stadium Mini Tun Ahmad Sarji manakala Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak di Menara Condong, Teluk Intan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Majlis Larian Obor SUKMA XIX Perak 2018 berhampiran Stadium Indera Mulia.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelepasan Larian Obor yang bermula di pintu masuk Stadium Lawn Ball diikuti lokasi kedua iaitu PERNAMA Jalan Raja Ashman Shah, Padang Jalan Lee Kwee Foh dan penamat larian di Stadium Indera Mulia.

Selepas Teluk Intan, Larian Obor akan diadakan di daerah Manjung dan Perak Tengah bertempat di Dataran Lumut, daerah Kerian dan Larut Matang dan Selama di Dataran Majlis Perbandaran Taiping manakala daerah terakhir di Hulu Perak dan Kuala Kangsar yang bertempat di Dataran Pavalion.

Daerah Kinta Pembuka Tirai Larian Obor SUKMA Perak XIX

Antara Ketua-ketua jabatan kerajaan negeri yang turut terlibat dalam Larian  Obor SUKMA Perak XIX (1).

Daerah Kinta Pembuka Tirai Larian Obor SUKMA Perak XIX

Antara pihak yang menjayakan larian obor tersebut.

Daerah Kinta Pembuka Tirai Larian Obor SUKMA Perak XIX

YB Prof Dr Abdul Aziz Bin Bari menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Daerah Kinta selaku penganjur larian obor tersebut.

Daerah Kinta Pembuka Tirai Larian Obor SUKMA Perak XIX

YB Howard Lee Chuan How yang mengetuai larian obor yang dianjurkan sempena SUKMA Perak XIX yang bakal berlangsung pertengahan September ini.

Sumber : Korporat, SUK Perak.