Penjawat Awam Perlu Bantu SPRM Tangani Gejala Rasuah : 06 September 2018

Penjawat Awam Perlu Bantu SPRM Tangani Gejala Rasuah

Encik Yuhanas Auree Bin Kamaruddin  menyerahkan akujanji  IBR kepada YBhg. Dato' Zainul Bin Darus dalam majlis tersebut.  

IPOH, 09 SEPTEMBER 2018 -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menggesa orang ramai termasuk penjawat awam untuk membantu dalam memerangi gejala rasuah.

YBhg Pengarah SPRM Perak, Dato’ Zainul Bin Darus berkata, perkara itu ditekankan kerana SPRM tidak mampu bergerak sendirian dalam mengekang gejala berkenaan daripada terus berleluasa.

“Kalau nak harapkan SPRM sahaja yang memerangi rasuah adalah satu perkara yang mustahil, jadi kita perlukan bantuan semua,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Perak) di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu, lebih 40 individu terdiri di kalangan kakitangan LPHP telah melafazkan IBR yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Encik Yuhanas Auree Bin Kamaruddin.

Beliau berkata, IBR juga secara dasarnya merupakan antara komponen yang diguna pakai oleh SPRM untuk mengurangkan gejala rasuah membabitkan semua pihak termasuk penjawat awam.

“Dari aspek statistik sama ada melibatkan pengurangan, tiada kajian yang menunjukkan setiap atau selepas IBR itu makin kurang.  

“IBR ini merupakan aku janji walau bagaimanapun, setakat ini dari segi operasinya kita tengok makin bertambah Cuma ini adalah kawalan dalaman daripada agensi2 kerajaan,” kata beliau.

Selain itu, mengulas mengenai program, kata beliau, LPHP merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ke-34 telah menandatangani IBR.

“Keseluruhannya di Perak ini lebih kurang 170 lebih jabatan kerajaan dan juga GLC yang menandatangani IBR setakat ini,” ujar beliau.

Penjawat Awam Perlu Bantu SPRM Tangani Gejala Rasuah

Encik Yuhanas Auree Bin Kamaruddin mengetuai lafaz IBR yang turut disaksikan YBhg. Dato' Zainul Bin Darus.

Penjawat Awam Perlu Bantu SPRM Tangani Gejala Rasuah

YBhg. Dato' Zainul Bin Darus selaku tetamu kehormat merangkap perasmi dalam majlis IBR tersebut.

Penjawat Awam Perlu Bantu SPRM Tangani Gejala Rasuah

YBhg. Dato' Zainul Bin Darus ketika ditemui para pemberita selepas majlis menandatangani IBR.

Penjawat Awam Perlu Bantu SPRM Tangani Gejala Rasuah

YBhg. Dato' Zainul Bin Darus dan Encik Yuhanas Auree Bin Kamaruddin ketika menandatangani memorandum persefahaman IBR.

Penjawat Awam Perlu Bantu SPRM Tangani Gejala Rasuah

Sebahagian daripada 40 kakitangan LPHP sedang melafazkan IBR dalam majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.