Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Penuh Amanah : 20 September 2018

Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Penuh Amanah

Dato' Seri Ismail Bin Bakar ketika menyampaikan ucapan kepada para penjawat awam negeri dalam majlis tersebut.

IPOH, 20 SEPTEMBER 2018 - Semua penjawat awam diminta menjalankan tugas dan perkhidmatan dengan penuh amanah selain menghormati perubahan yang berlaku khususnya membabitkan pentadbiran negara.

YB Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Dr Ismail Bin Bakar berkata, penjawat awam bukan hanya perlu berkhidmat untuk kerajaan semasa yang memerintah malah penumpuan terhadap masalah dan aduan rakyat juga perlu dititikberatkan.     

 “Kalau kita tidak memberikan yang terbaik rakyat akan marah. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Bual Bicara  Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal.

Beliau berkata perubahan sesebuah kerajaan adalah berteraskan kepada kehendak rakyat dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi ia perlu dihormati.

Sementara itu, YB Dato’ Mohd Gazali Bin Jalal berkata, pada ketika ini terdapat seramai 85,710 penjawat awam persekutuan di negeri Perak dengan majoritinya adalah guru, polis dan tentera.

Katanya, bilangan penjawat awam negeri pula adalah seramai 13,505 dengan 12,752 daripadanya bertaraf tetap, manakala 753 orang lagi merupakan kakitangan kontrak.

Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Penuh Amanah

YB Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalal ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Penuh Amanah

YAB Menteri Besar, Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyampaikan ucapan sempena program tersebut.

Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Penuh Amanah

YAB Menteri Besar Perak dan YB Ketua Setiausaha Negara bersama sebahagian penjawat awam negeri Perak.

Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Penuh Amanah

Sebahagian daripada penjawat awam di majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.