YB Setiausaha Kerajaan Negeri Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Kakitangan SUK Perak : 05 Oktober 2018

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Kakitangan SUK Perak

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' Haji Gazali Bin Jalal.

IPOH, 05 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalal merakamkan penghargaan kepada seluruh kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak yang banyak membantu beliau sepanjang tempoh berkhidmat.

Beliau berkata, dirinya secara peribadi memuji sikap dan tanggungjawab setiap kakitangan yang begitu komited dalam penganjuran atau penglibatan dalam pelbagai majlis dan program rasmi sama ada di peringkat negeri mahupun daerah.

"Sepanjang tempoh tujuh tahun bertugas selaku Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan telah bersama saya membantu menyempurnakan banyak majlis dan program rasmi di peringkat negeri dan juga daerah. 

"Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama penuh komited yang diberikan oleh anda semua," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Sempena Persaraan "Budi Dijunjung Kasih Dituai" di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut hadir YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Rohana Binti Abd Malik, YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan dan YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman.

Menurut beliau, pihaknya berharap perkhidmatan seumpama itu diteruskan oleh semua warga SUK Perak khususnya dalam memastikan setiap perkara berjalan lancar di bawah pentadbiran diketuai YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

"Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada pemimpin yang baru nanti sepertimana sokongan yang diberikan kepada saya. 

Saya juga berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat mengekalkan momentum sedia ada selain meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik," katanya.

Selain itu, tambah beliau, setiap kakitangan SUK Perak juga perlu kekal komited dan digalakkan untuk terus menyumbang idea bagi memacu pembangunan dan tadbir urus agar sentiasa kekal efisien. 

"Perkara ini sebenarnya yang memacu pembangunan dan tadbir urus agar sentiasa ke hadapan dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri," katanya.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Kakitangan SUK Perak

YB Dato' Mohd Haji Gazali Bin Jalal melihat tandatangan dan ucapan perpisahan yang ditulis oleh kakitangan SUK Perak sempena majlis tersebut.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Kakitangan SUK Perak

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Nor Sham Binti Rahman menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' Haji Gazali Bin Jalal dalam majlis tersebut.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Kakitangan SUK Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Gazali Bin Jalal bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Kewangan Negeri.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Kakitangan SUK Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Gazali Bin Jalal bersama Ketua Jabatan, Pegawai Daerah dan Yang diPertua Majlis di peringkat daerah sempena majlis tersebut.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Kakitangan SUK Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama kakitangan yang hadir di majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.