YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu : 10 Oktober 2018

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman mengetik kad perakam waktu selaku YB Setiausaha Kerajaan yang baharu.

IPOH, 10 OKTOBER 2018 - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perlaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menggantikan Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal yang bersara selepas hampir 35 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman yang sebelum ini bertugas dalam NADMA sejak Februari 2016 telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuk Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara (MKN); Setiausaha Sulit Kanan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Pengarah Bahagian Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Persaraan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu diraikan dalam majlis makan malam di Hotel Casuarina@Meru. 

Sementara itu, YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dalam ucapannya berkata, berkat pengalaman dan kepimpinan Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal yang luas dalam perkhidmatan awam menjadikan beliau tabah melalui dugaan besar ketika berlaku peralihan kuasa berlaku khususnya di peringkat kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana bekas YB Setiausaha Kerajaan adalah pakar rujuk paling utama sepanjang beliau menjadi Menteri Besar negeri.

"Beliau telah meletakkan satu tanda aras yang begitu tinggi di kalangan penjawat awam.

"Komitmen beliau terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan sewajarnya dicontohi dan beliau meninggalkan legasi seorang penjawat awam yang sangat berjasa bukan sahaja kepada negeri malah kepada negara tercinta," katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan,” katanya.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu

YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama YB Dato' Haji Gazali Jalal yang diraikan dalam majlis perpisahan tersebut.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu

YB Dato' Haji Gazali Bin Jalal memotong pulut sebagai gimik perpisahan dalam majlis berkenaan.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu

YB Dato' Haji Gazali Bin Jalal beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan negeri sempena majlis persaraan beliau.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu

YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' Haji Gazali Bin Jalal sempena persaraannya.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu

YB Dato' Haji Gazali Bin Jalal ketika berucap dalam majlis perpisahan tersebut.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Dilantik Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Baharu

YBhg. Dato' Haji Gazali Bin Jalal menyerahkan Nota Serah Tugas kepada YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman.

Sumber : Korporat, SUK Perak.