Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Lima Wakil WFD : 19 Oktober 2018

Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Lima Wakil WFD

Sir Hugh Bayley selaku ketua delegasi menandatangani buku tetamu.

IPOH, 19 OKTOBER 2018 - Kerajaan negeri diwakili YB Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Ngeh Koo Ham telah menerima kunjungan hormat daripada lima wakil Westminster Foundation For Democracy (WFD) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Kunjungan wakil WFD itu diketuai oleh Ahli Parlimen United Kingdom (UK), Sir Hugh Bayley, Pengurus Kanan WFD Asia, David Thirbly, Penasihat Parlimen WFD Dr Victoria Hasson, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi British David Thomas dan Penasihat Khas kepada Menteri Pertama Scotland Jennifer Robertson.

YB Speaker DUN negeri, Dato' Ngeh Koo Ham berkata, kunjungan dilakukan lima wakil WFD itu bertujuan berkongsi pandangan selain meliputi aspek demokrasi yang menjadi tunjang kepada sistem pentadbiran negeri dan negara. 

“WFD adalah satu daripada program Kerajaan UK untuk menyemai dan menyuburkan elemen demokrasi di seluruh dunia dan daripada perjumpaan ini pelbagai isu politik dapat diselesaikan dengan cara lebih bertamadun,” ujar beliau. 

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan terus komited menegakkan sistem demokrasi berpandu kepada kepentingan dan hak rakyat.

"Bagi kerajaan negeri, kita akan terus menegakkan sistem demokrasi ini yang diketahui sememangnya menjadi tunjang dalam urusan pentadbiran negara," kata beliau. 

Sementara itu, Sir Hugh Bayley berkata, demokrasi adalah sesuatu yang baik bagi membantu mewujudkan sebuah kerajaan yang berdaya saing dan dinamik. 

“Malaysia adalah satu negara yang penting bagi UK, kita mempunyai hubungan komersil yang baik dan negara ini telah mengalami perubahan dalam tempoh 60 tahun dan pastinya kami menghormati negara ini.

“Apabila Malaysia mengalami perubahan politik isyarat utama kepada UK, ia adalah peluang untuk mengukuhkan peranan demokrasinya dan keputusan itu telah dibuat. Kami sebagai orang luar menghormati perubahan yang berlaku,” kata beliau.

Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Lima Wakil WFD

Dato' Ngeh Koo Ham dan  wakil kepimpinan negeri bersama delegasi Westminster Foundation of Democracy setelah sesi perkongsian selesai.

Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Lima Wakil WFD

Mdm Jennifer Robertson menyampaikan perkongsian yang bertajuk 'Engaging With The Media'.

Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Lima Wakil WFD

Sir Hugh Bayley, Ahli Parlimen United Kingdom bersama barisan delegasi Westminster Foundation of Democracy yang menghadiri kunjungan hormat semalam.

Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Lima Wakil WFD

Sidang media YB Dato' Ngeh Koo Ham bersama delegasi dan wakil kepimpinan negeri.

Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Lima Wakil WFD

Delegasi Westminster Foundation of Democracy bergambar kenangan bersama wakil rakyat serta jemputan yang hadir.

Sumber : Korporat, SUK Perak.