Wilayah Persekutuan Muncul Juara SOPMA Ke-20 : 20 Oktober 2018

Wilayah Persekutuan Muncul Juara SOPMA Ke-20

Wilayah Persekutuan muncul juara SOPMA edisi ke-20 Perak 2018.

IPOH, 20 OKTOBER 2018 – Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) ke-20 Perak 2018 yang berlangsung selama lima hari bermula 15 Oktober lalu.

Wilayah Persekutuan yang juga juara SOPMA edisi ke-19 berjaya mendominasi temasya dengan pungutan 7 pingat emas, 11 perak dan 5 gangsa.

Kontinjen Sabah pula menduduki tempat kedua dengan pungutan 6 pingat emas, 7 perak dan lapan gangsa manakala kontinjen Sarawak berada di kedudukan ketiga dengan kejayaan meraih 6 pingat emas dan perak serta dua gangsa.

Selain itu, meskipun menduduki tangga ke-10, kejayaan merangkul dua pingat emas menerusi acara futsal kategori lelaki dan wanita dilihat sebagai satu pencapaian yang membanggakan untuk kontinjen Perak.

Dalam perkembangan sama, majlis perasmian penutup SOPMA yang diadakan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, telah disempurnakan oleh Penasihat Kepada Menteri Besar Perak, YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharuddin serta Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Tuan Kamarzaman Bin Harun.

Pada majlis tersebut juga, turut diadakan upacara penyerahan bendera SOPMA kepada wakil Johor, selaku tuan rumah penganjuran temasya sukan itu pada edisi yang seterusnya.

Berucap pada majlis melalui bahasa isyarat yang diterjemahkan wakil penganjur, Tuan Kamarzaman Bin Harun berkata, beliau berbangga dengan pencapaian atlet-atlet SOPMA yang bertanding.

Beliau berkata, sepanjang temasya berlangsung, banyak rekod baharu berjaya dicatatkan, khususnya menerusi acara olahraga.

“Kita harapkan mereka yang berjaya akan terus mengekalkan prestasi untuk SOPMA akan datang dan yang tidak bernasib baik, boleh terus meningkatkan prestasi agar kejayaan dapat dilakar pada temasya akan datang.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sampaikan 32 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

Wilayah Persekutuan berjaya muncul juara temasya SOPMA kali ke-20.

Wilayah Persekutuan Muncul Juara SOPMA Ke-20

YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharuddin menyampaikan piala kepada atlet lompat tinggi Terengganu, Nor Shah Muhamad yang dinobatkan selaku olahragawan SOPMA kali ke-20.

Wilayah Persekutuan Muncul Juara SOPMA Ke-20

YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharuddin menyampaikan piala kepada atlet olahraga Terengganu, Nora Faezah Abdullah yang dinobatkan sebagai olahragawati temasya berkenaan.

Wilayah Persekutuan Muncul Juara SOPMA Ke-20

Kontinjen Perak yang berjaya menduduki tempat ke-10 pada SOPMA edisi ke-20.

Wilayah Persekutuan Muncul Juara SOPMA Ke-20

YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharuddin menyerahkan bendera kejohanan kepada wakil dari Johor sebagai gimik penganjuran temasya sukan tersebut pada edisi ke-21.

Sumber : Korporat, SUK Perak.