YB SUK Kunjungi Zoo Taiping & Bukit Larut : 22 Oktober 2018

YB SUK Kunjungi Zoo Taiping & Bukit Larut

YB Setiausaha Kerajaan melawat ke sekitar kawasan Zoo Taiping.

TAIPING, 22 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Hj. Zainal Azman Bin Abu Seman mengadakan lawatan ke Zoo Taiping dan Bukit Larut.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), YBhg. Dato' Hj. Abd. Rahim Bin Md Ariff, Setiausaha MPT, Tuan Hj. Borhan Bin Abdul Halim dan Pegawai Daerah Larut Matang, Encik Akmal Bin Dahalan.  

Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di belah utara Semenanjung Malaysia. Mempunyai keunikannya tersendiri, Zoo Taiping terletak dalam kawasan semula jadi yang berhampiran Taman Tasik Taiping di kaki Bukit Larut.

Dengan keluasan 36 ekar, Taman Mergastua Sultan Idris Shah yang turut dikenali sebagai Zoo Taiping menempatkan 1200 ekor binatang dengan 140 spesis. Zoo Taiping juga telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan konsep terbuka yang memberi kepuasan kepada pengunjung bagi menikmati keindahan semulajadi di setiap pameran.

Turut menjadi tumpuan, Bukit Larut yang juga dikenali sebagai Maxwell Hill yang merupakan satu kawasan lembap di Malaysia kerana mempunyai taburan hujan yang tertinggi setiap tahun.

Bukit Larut yang terletak di ketinggian 1,250m dari aras laut dan kira-kira 3 hingga 5 kilometer dari Bandar Taiping ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Beberapa keindahan menarik yang dapat dilihat sepanjang perjalanan ke Bukit Larut sudah pastinya akan menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung.

YB SUK Kunjungi Zoo Taiping & Bukit Larut

YB Setiausaha Kerajaan Negeri mendengar penerangan ringkas.

YB SUK Kunjungi Zoo Taiping & Bukit Larut

YB Setiausaha Kerajaan bergambar bersama pegawai dan kakitangan Zoo Taiping.

YB SUK Kunjungi Zoo Taiping & Bukit Larut

YB Setiausaha Kerajaan berbincang bersama pegawai yang hadir.

Sumber : Korporat, SUK Perak.