Lawatan YB SUK Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak : 24 Oktober 2018

Lawatan YB SUK Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika berucap dalam taklimat yang berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR, 24 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat di daerah Kuala Kangsar sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang bermula pada 2 November ini.

Antara tempat yang dilawati adalah Istana Iskandariah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Lanai @Kuala Kangsar, Dataran Sungai Perak dan Dataran Pavilion.

Hadir sama dalam lawatan itu adalah YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman dan Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Tuan Ahmad Munir Bin Ishak.

Selepas lawatan itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah diberi taklimat berkaitan pembangunan dan hal-hal membabitkan perkhidmatan awam yang termaktub di bawah bidang tugas Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

Selain itu, dalam taklimat sama, beliau turut menasihatkan para penjawat awam supaya lebih komited dan bekerjasama sebagai satu unit dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Kita perlu menjaga imej dan pada masa yang sama kita perlu komited dan bergerak sebagai satu unit dalam menjalankan tugas selaku penjawat awam."

“Ini kerana ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita,” katanya.

Lawatan YB SUK Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri bersama segelintir kakitangan awam yang terlibat dalam taklimat yang berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

Lawatan YB SUK Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan tapak projek naik taraf Lanai Casuarina@Kuala Kangsar.

Lawatan YB SUK Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YB Tuan Haji Zainal Rahman Bin Abu Seman meneliti dokumen berkaitan tanah di sekitar Sungai Perak dalam lawatan berkenaan.

Lawatan YB SUK Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan di kaunter pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

Lawatan YB SUK Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri bersama YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) ketika melakukan lawatan ke Dataran Sungai Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.