Kunjungan Hormat Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) : 25 Oktober 2018

Kunjungan Hormat Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dalam kunjung hormat berkenaan.

IPOH, 25 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah menerima kunjungan hormat rasmi daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Turut hadir adalah YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman.

Dalam kunjung hormat itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman juga telah menyerahkan senarai nama ketua-ketua Kampung seluruh negeri Perak.

Kunjungan Hormat Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menyampaikan senarai nama Ketua-ketua Kampung seluruh Perak kepada Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Kunjungan Hormat Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika membincangkan hal berkaitan senarai nama Ketua-ketua Kampung seluruh negeri dalam kunjung hormat berkenaan.

Kunjungan Hormat Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menyampaikan cenderahati kepada Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dalam kunjungan hormat tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.