Kejayaan Rangkul Piala Malaysia, Lengkapkan Kecemerlangan Bola Sepak Perak : 26 Oktober 2018

Kejayaan Rangkul Piala Malaysia, Lengkapkan Kecemerlangan Bola Sepak Perak

YB Encik Howard Lee Chuan How bersalaman bersama pemain bola sepak sewaktu tiba di perkarangan Stadium.

IPOH, 26 OKTOBER 2018 - YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How mengganggap kejayaan skuad The Bos Gaurus merangkul Piala Malaysia bakal melengkapkan episod gemilang sukan bola sepak Perak pada musim ini.

Beliau berkata, kecemerlangan skuad bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Perak menggengam emas pada temasya sukan itu bulan lalu, seharusnya dijadikan motivasi oleh para pemain senior untuk menempa satu lagi kejayaan. 

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jika kita dapat bawa balik Piala Malaysia, ia akan menjadi sejarah paling unggul dan cemerlang dalam sukan bola sepak tahun ini. 

"Kejayaan itu juga nanti merupakan hadiah terbaik untuk para penyokong negeri yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi," kata beliau selepas menemui para pemain dan pihak pengurusan di perkarangan Stadium Perak.

Terdahulu, seramai 27 pemain dan 12 pegawai pasukan akan berlepas ke Stadium Shah Alam, Selangor dengan satu misi iaitu membawa pulang Piala Malaysia ke Perak selepas kali terakhir menjulangnya pada musim 2000.

Selain YB Howard Lee Chuan How, turut memberikan semangat dan kata-kata perangsang kepada pemain adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Dato’ G Irudianathan.

Kejayaan Rangkul Piala Malaysia, Lengkapkan Kecemerlangan Bola Sepak Perak

Sesi bergambar bersama pemain Bola Sepak Perak.

Kejayaan Rangkul Piala Malaysia, Lengkapkan Kecemerlangan Bola Sepak Perak

YB EXCO Sukan Negeri Perak membuat pelepasan pemain bola sepak Perak.

Kejayaan Rangkul Piala Malaysia, Lengkapkan Kecemerlangan Bola Sepak Perak

Bacaan doa daripada imam Masjid Negeri Perak sebelum pelepasan pemain.

Kejayaan Rangkul Piala Malaysia, Lengkapkan Kecemerlangan Bola Sepak Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memberikan sepatah dua kata kepada pemain bola sepak Perak sebelum berlepas.

Sumber : Korporat, SUK Perak.