Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim : 31 Oktober 2018

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Commonwealth Youth City (CYC).

TANJUNG MALIM, 31 OKTOBER 2018 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat di daerah Muallim.

Antara tempat yang dilawati adalah Pejabat Daerah dan Tanah Mualim, Projek Kuarters Penjawat Awam Muallim, Projek Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Projek Naik Taraf Pusat Perkelahan Sungai Bil, Projek Landskap Hutan Bandar Proton City, Kolam Air Panas Ulu Slim, Youth City Tanjung Malim dan Kilang Proton.

Hadir sama YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman, YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan dan Pegawai Daerah dan Tanah Muallim, Encik Shamsul Ridzuan Bin Idris.

Terdahulu, YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika dalam ucapannya di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim menyifatkan Projek Kuarters Penjawat Awam Mualim yang sedang dibangunkan di Slim River akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

Katanya, antara kemudahan asas yang akan dibina di kuarters itu adalah surau, taman permainan, dewan serbaguna dan sebagainya.

 

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika berucap dalam sesi taklimat di Pejabat Daerah dan Tanah Mualim.

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan ke kolam air panas yang terdapat di Kampung Kolam Air Panas Ulu Slim.

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman memerhati  tapak Projek Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Mualim yang sedang dibangunkan.

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

Ketua Kampung Kolam Air Panas Ulu Slim menerangkan tentang kawasan kolam air panas yang terdapat di kampung berkenaan.

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan ke kawasan perkelahan Sungai Bil yang sedang dinaiktaraf.

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

YBrs Puan Norsham Binti Rahman ketika menerangkan berkaitan perbincangan projek naik taraf pusat perkelahan Sungai Bil kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman.

Lawatan Kerja YB SUK Ke Daerah Mualim

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama pegawai kanan kerajaan dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Mualim.

Sumber : Korporat, SUK Perak.