Lebih 2,000 Hadir Meriahkan Sambutan Deepavali Peringkat Negeri : 12 November 2018

Lebih 2,000 Hadir Meriahkan Sambutan Deepavali Peringkat Negeri

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama barisan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri yang hadir pada sambutan Hari Deepavali peringkat negeri.

IPOH, 12 NOVEMBER 2018 – Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa berangkat ke Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali peringkat Negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong, di sini pada Ahad.

Turut mengiringi baginda, DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, DYAM Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut sama hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu serta barisan Exco kerajaan negeri.

Selain itu, lebih 2,000 rakyat berbilang kaum memeriahkan majlis itu yang diadakan bersempena sambutan Deepavali yang jatuh pada 6 November lalu.

Di samping menjamu selera dengan makanan tradisi masyarakat India, majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian yang disampaikan oleh artis kebudayaan.

Sementara itu, YAB Menteri Besar dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa cakna dengan isu-isu berkaitan kaum India dan mengenalpasti bahawa bidang pendidikan antara penyelesaian dalam membebaskan mereka dari gejala sosial.

“Kaum India bukan lagi seperti dahulu yang hanya bekerja di ladang-ladang, sebaliknya mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

“Mereka bergiat aktif dalam pelbagai bidang seperti perundangan, perubatan, akademik, pentadbiran negara malahan kita berbangga dengan pencapaian atlet Malaysia yang berbangsa India dan telah mengharumkan nama negara di pentas dunia,” katanya.

Perayaan Deepavali disambut pada hari ke-14 bulan aipasi dalam kalendar Tamil, di antara bulan Oktober dan November.

Mengikut kepercayaan penganut agama Hindu, Deepavali diraikan sebagai tanda kemenangan rakyat menentang kezaliman bagi menegakkan keadilan.

Lebih 2,000 Hadir Meriahkan Sambutan Deepavali Peringkat Negeri

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Deepavali peringkat negeri.

Lebih 2,000 Hadir Meriahkan Sambutan Deepavali Peringkat Negeri

Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan merasmikan sambutan Hari Deepavali peringkat Negeri Perak.

Lebih 2,000 Hadir Meriahkan Sambutan Deepavali Peringkat Negeri

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada sambutan Hari Deepavali peringkat negeri.

Lebih 2,000 Hadir Meriahkan Sambutan Deepavali Peringkat Negeri

Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa berangkat ke Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali peringkat negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.