DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan : 11 November 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika mengelilingi pekan Kuala Kangsar pada acara larian sempena hari keputeraan baginda.

KUALA KANGSAR, 11 NOVEMBER 2018 – Larian Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Shah 2018 yang diadakan di Dataran Pavillion mendapat sambutan hebat apabila berjaya menarik penyertaan sebanyak 6,916 peserta pelbagai lapisan. Lebih meriah apabila DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut mencemar duli berangkat menyertai acara larian tersebut.

Turut menyertai baginda berdua ialah dua anakanda baginda iaitu YTM Raja Kecil Besar, Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah dan YTM Raja Nazira Safya.

Hadir sama Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Binti Dato’ Mohammed Radzi; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Abu Seman dan barisan exco kerajaan negeri.

Terdahulu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menyempurnakan upacara pelepasan peserta bagi kategori 15 kilometer, 10 kilometer dan tujuh kilometer.

Bagi pelepasan larian untuk kategori Orang Kenamaan sejauh 2.8 kilometer pula disempurnakan adinda baginda, YTM Raja Dato’ Seri Yong Sofia.

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran pasukan bola sepak Perak yang menjuarai Piala Malaysia diketuai oleh ketua jurulatihnya, Mehmet Durakovic serta pasukan hoki Perak yang telah memenangi Piala Razak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan

Antara peserta yang mencuri tumpuan apabila mengenakan baju Melayu sewaktu acara larian berlangsung.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyaksikan pertunjukan aksi pertempuran yang dilakukan anggota Paskal.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan  bergambar  bersama trofi yang dimenangi skuad hoki Perak dalam kejohanan Piala Razak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama Piala Malaysia yang dimenangi skuad bola Sepak Perak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyaksikan persembahan menarik traktor yang berlangsung sempena  larian hari keputeraan baginda.

Sumber : Korporat, SUK Perak.