PDRM Juara Kejohanan Petanque MAKSAK 2018 : 12 November 2018

PDRM Juara Kejohanan Petanque MAKSAK 2018

YB Setiausaha Kerajaan Negeri bersama semua atlet yang terlibat dalam kejohanan petanque MAKSAK 2018 di Gelanggang Petanque Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR, 12 NOVEMBER 2018 - PDRM dinobatkan sebagai juara selepas menundukkan Selangor, 4-1 dalam Kejohanan Petanque Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2018 di Gelanggang Petanque Kuala Kangsar.

Kemenangan itu membolehkan pasukan PDRM membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1200, piala iringan dan medal.

Bagi Ketua Pasukan Petanque PDRM, DSP Mohd Hazman Iqbal Mohd Nor; kemenangan kali keempat berturut-turut itu hasil disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap ahli pasukan.

“Kami telah berusaha dengan sedaya-upaya dengan latihan intensif selama sebulan yang bertujuan mempertahankan kejuaraan dalam kejohanan kali ini.

“Alhamdulillah, kami berjaya melakukannya di sini,” katanya ketika ditemui pada kejohanan berkenaan.

Sementara itu, tempat ketiga bersama bagi kejohanan itu menjadi milik tuan rumah, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Yang Dipertua MAKSAK Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman.

Tahun ini, seramai 360 atlet dan Pegawai daripada 18 ahli badan gabungan menyertai MAKSAK yang berlangsung selama empat hari bermula 9 November lalu.

PDRM Juara Kejohanan Petanque MAKSAK 2018

MAKSAK Malaysia dan MAKSAK Perak menderma sebanyak RM2,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz sempena kejohanan berkenaan.

PDRM Juara Kejohanan Petanque MAKSAK 2018

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama semua pemain petanque Perak yang berjaya memenangi tempat ketiga kejohanan berkenaan sekaligus membawa pulang RM800.

PDRM Juara Kejohanan Petanque MAKSAK 2018

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika menyampaikan ucapan dalam kejohanan berkenaan.

PDRM Juara Kejohanan Petanque MAKSAK 2018

PYB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika tiba pada kejohanan petanque MAKSAK 2018 yang berlangsung di Gelanggang Petanque Kuala Kangsar.

PDRM Juara Kejohanan Petanque MAKSAK 2018

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama kontinjen Perak yang memenangi tempat ketiga kejohanan Petanque.

Sumber : Korporat, SUK Perak.