DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak : 20 November 2018

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa bersama para tetamu kehormat berselawat sempena majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut.

TAIPING, 20 NOVEMBER 2018 - Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping dekat Kamunting.

Turut berangkat DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah serta diiringi oleh dua anggota Jemaah Pemangku Raja Perak iaitu YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin dan YBhg Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Haji Ramli Bin Ngah Talib.

Keberangkatan baginda disambut oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman; YB Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Tuan Haji Asmuni Bin Awi serta YBhg Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato’ Mohd. Yusop Bin Husin.

Selepas bacaan al-Quran dialunkan, baginda dan para tetamu mendengar ceramah khas bertajuk 'nabi pembawa rahmat' yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Fadzil Noor.

Para tetamu kemudian turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Far East diikuti dengan laungan selawat beramai-ramai.

Pada majlis tersebut, DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa turut berkenan menyampaikan beberapa Anugerah Pegawai Masjid kepada Encik Mior Osman Bin Mat Aleh (kategori siak), Tuan Haji Idris Bin Sulaiman (kategori muazzim), Tuan Haji Shuhim Bin Haji Ali Othman (kategori imam) serta anugerah pendakwah kepada Puan Aman Asnida Binti Abdullah yang merupakan seorang wanita Muslim berbangsa Punjabi.

Sementara itu, Anugerah Keluarga Mithali pula disampaikan baginda kepada Encik Harun Othman, seorang Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk yang telah berkhidmat lebih 30 tahun sejak tahun 1977.

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa menyampaikan Anugerah Imam kepada Tuan Haji Shuhim Bin Haji Ali Othman sempena Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung.

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

Tuan Haji Harun Bin Haji Osman bersama keluarga selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Keluarga Mithali dalam sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak.

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Fadzil Noor ketika menyampaikan ceramah pada sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak .

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa menyampaikan Anugerah Muazzin kepada Tuan Haji Idris Bin Sulaiman dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak.

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa menyampaikan anugerah Siak kepada Encik Meor Osman Bin Mat Leh sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak.

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa menyampaikan Anugerah Pendakwah kepada Puan Aman Asnida Bt Abdullah dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.