Kerajaan Negeri Beri 94 Pemilik Tanah Daerah Kinta Geran 99 Tahun : 15 November 2018

Kerajaan Negeri Beri 94 Pemilik Tanah Daerah Kinta Geran 99 Tahun

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika berucap pada majlis berkenaan.

IPOH, 15 NOVEMBER 2018 - Seramai 94 pemilik tanah daripada 13 Kampung Baru di dalam Mukim Hulu Kinta, daerah Kinta menerima pembaharuan tempoh hak milik selama 99 tahun.

Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata, selain menerima geran baharu, semua pemilik tanah itu turut diberi potongan harga premium.

“Kesemua pemilik yang mendapat geran tanah hari ini hanya perlu membayar premium maksimum 10 peratus daripada nilaian tanah sebenar, jadi inilah hadiah kepada rakyat.

“Insya-Allah seperti saya umumkan sebelum ini lebih 3,000 pemegang Lesen Pendudukan Sementara (TOL) akan kami berikan hak milik 99 tahun yang akan dilakukan secara berperingkat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hak milik bagi kelulusan permohonan pembaharuan tempoh pajakan kampung baru Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta di Dewan Orang Ramai Menglembu.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kinta, Puan Halizah Binti Sipun dalam ucapannya berkata, sebanyak 711 permohonan memperbaharui tempoh pajakan kampung baru diterima sejak 2016 hingga 2018.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 211 permohonan telah berjaya diselesaikan dan didaftarkan hak milik.

"Permohonan memperbaharui tempoh pajakan kampung baru merupakan permohonan yang berterusan dan jumlah permohonan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

"Setiap permohonan yang lengkap diterima akan diproses mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan berdasarkan Kanun Tanah Negara, Kaedah-Kaedah Tanah Perak 1966 dan Pekeliling Pengarah Tanah dan galian Perak Bil 4/2011," kata beliau.

Kerajaan Negeri Beri 94 Pemilik Tanah Daerah Kinta Geran 99 Tahun

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan geran hak milik tanah kepada salah seorang penerima.

Kerajaan Negeri Beri 94 Pemilik Tanah Daerah Kinta Geran 99 Tahun

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama semua pemilik geran yang hadir pada majlis berkenaan.

Kerajaan Negeri Beri 94 Pemilik Tanah Daerah Kinta Geran 99 Tahun

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan gerak hak milik tanah kepada salah seorang penduduk kampung baharu Mukim Hulu Kinta.

Kerajaan Negeri Beri 94 Pemilik Tanah Daerah Kinta Geran 99 Tahun

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan geran hak milik tanah kepada salah seorang penduduk warga emas yang tinggal di kampung baharu Mukim Hulu Kinta.

Sumber : Korporat, SUK Perak.