Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan : 22 November 2018

Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan

Ucapan Perasmian dari YAB Menteri Besar Perak.

IPOH, 22 NOVEMBER 2018 - Kerajaan negeri bersetuju memberi Elaun Tanggungjawab Khas (ETK) kepada Ketua Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di negeri ini tanpa perlu memenuhi syarat seliaan.

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, sebelum ini, bagi menikmati elaun tersebut, penjawat awam bagi gred 22, 26 dan 28 perlu menyelia kakitangan bawahan terlebih dahulu.

Menurut beliau, keputusan tersebut bagaimanapun akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dalam masa terdekat untuk perbincangan lebih lanjut.

“Antara perkara yang dibangkitkan oleh ahli Gabungan Kesatuan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) adalah mengenai ETK yang mana sejak sekian lama, syarat yang dikenakan itu diminta agar dapat dikecualikan.

“Oleh itu, setelah berbincang dengan pihak sumber manusia, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan pengecualian bagi elaun tersebut,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wacana Hala Tuju Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Negeri Perak 2018 di Dewan Bankuet Kementerian Dalam Negeri, Meru.

Dalam majlis tersebut, YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu juga bersetuju membawa permasalahan yang dihadapi golongan tersebut ke pengetahuan kerajaan pusat.

Mengulas lanjut katanya, beliau akan mencuba sebaik mungkin, namun berharap perjuangan kesatuan itu selaras dengan langkah meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Ujarnya, ini termasuk mengenakan tindakan mengikut peruntukan sedia ada terhadap mana-mana pembantu tadbir yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Saya akan bersama dengan kesatuan untuk perkara itu (ETK), namun saya tidak mahu mendesak kerajaan semata-mata untuk memenuhi permintaan sedangkan prestasi perkhidmatan menurun.

“Ia perlu dua hala, bukan semestinya mereka hanya meminta bermacam-macam-macam tetapi mereka juga mesti melaksanakan apa yang dituntut terhadap mereka, ” katanya.

Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan

YAB Menteri Besar Perak ketika tiba di majlis.

Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan

Ucapan dari Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Puan Nor Sham binti Rahman sebagai wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan

YAB Menteri Besar Perak mewakili AUEGCAS Negeri Perak menyerahkan cek sumbangan kepada Tabung Aman Palestine Berhad bagi Tabung Bencana Nusantara.

Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan

YAB Menteri Besar Perak bersalaman bersama hadirin yang turut hadir memeriahkan majlis.

<Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan

YAB Menteri Besar Perak melawat Booth di majlis.

<Kerajaan Negeri Setuju Beri ETK Tanpa Syarat Seliaan

Sesi bergambar bersama Dif-Dif kenamaan dan tetamu yang hadir.

Sumber : Korporat, SUK Perak.