Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 Platform Terbaik Ketengah Idea : 6 Disember 2018

Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 Platform Terbaik Ketengah Idea

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika merasmikan seminar berkenaan.

IPOH, 6 DISEMBER 2018 - Kerajaan negeri berharap Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 digunakan sebagai platform terbaik untuk mengetengahkan idea selain pandangan bagi kemajuan dan pembangunan negeri.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, peluang seumpama itu tidak seharusnya disia-siakan kerana Yang Dipertua (YDP), Setiausaha Majlis dan Ahli Majlis merupakan antara individu penting yang berperanan membantu pimpinan tertinggi kerajaan negeri.

“Saya berharap seminar ini akan dapat membantu memberi pendedahan idea dan pengalaman bagi membantu YDP, Setiausaha dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak untuk melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan cemerlang.

“Selain itu, ia juga memudahkan urusan membantu YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan barisan Exco kerajaan negeri supaya dapat berdaya maju dan dapat meningkatkan hasil negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 di Dewan Bankuet Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks KDN, Meru Raya.

Menurut beliau, selaku antara pimpinan tertinggi kerajaan negeri, pihaknya akan memberi kerjasama tidak berbelah bahagi kepada semua YDP, Setiausaha Majlis dan Ahli Majlis untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan sentiasa berada di tahap terbaik.

“Selaku YB Setiausaha Kerajaan Negeri, saya akan terus memberi bantuan dan bimbingan kepada semua supaya tugas kita berjalan lancar,” katanya.   

Selain itu, tambah beliau, pihaknya berharap seminar ini juga akan dijadikan sebagai pendekatan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 Platform Terbaik Ketengah Idea

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman menyampaikan cenderahati kepada YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dalam seminar tersebut.

Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 Platform Terbaik Ketengah Idea

Antara YDP Majlis yang hadir dalam seminar tersebut.

Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 Platform Terbaik Ketengah Idea

YAB Menteri Besar bersama YDP Majlis, Setiausaha Majlis dan Ahli Majlis yang terlibat dalam seminar berkenaan.

Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 Platform Terbaik Ketengah Idea

Ahli Majlis PBT turut hadir dalam sesi seminar yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Perak 2018 Platform Terbaik Ketengah Idea

 YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama ahli majlis Daerah Kerian dalam seminar berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.