DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan : 12 Januari 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah II.

IPOH, 12 JANUARI 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, masjid wajib terus di imarah dan ditiupkan roh kehidupan dengan pelbagai aktiviti demi mengelakkannya menjadi bangunan kaku serta terpinggir.

Baginda bertitah, mengimarahkan masjid ialah tanggungjawab wajib dipenuhi oleh mereka yang telah bersedia menerima amanah apabila dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan pegawai masjid.

“Orang-orang yang telah diberikan amanah mengurus dan mengimarahkan masjid, jika tidak memenuhi tanggungjawab secara ikhlas, bersungguh dan komited, sebenarnya telah tidak berlaku adil kepada kariah dan bersifat tidak memenuhi janji kepada ummah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) yang telah mencapai usia 50 tahun selepas dirasmikan pembukaannya pada 15 November 1968 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Ke-33, Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakil-Allallahi Shah II.

Turut berangkat Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah serta diiringi oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu.

Pada majlis tersebut, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada individu yang telah menguruskan Masjid Negeri termasuk menyampaikan Anugerah Mursyid kepada bekas imamnya, Dato’ Haji Sheikh Muhammad Nor Bin Mansor Al-Hafiz; Encik Zulkarnain Bin Ibrahim dan Abdul Rahim Bin Abu Bakar (Anugerah Imam) dan Yusof Bin Ahmad (Anugerah Bilal).

Dalam pada itu, baginda bertitah, pembinaan masjid merupakan aspek fizikal, justeru setelah dibina, ia wajib dibangunkan dengan perisian kandungan bermakna, dihidupkan oleh orang-orang yang ikhlas, bersungguh dan komited mahu mengembangkan syiar Islam.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima sempena Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah II.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman ketika ditemui sempena Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah II.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak mengaminkan doa yang dibaca sempena Sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah II.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan

Antara tetamu yang hadir pada majlis sambutan Jubli Emas Masjid Sultan Idris Shah II.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Bilal kepada Encik Yusof Bin Ahmad dalam majlis berkenaan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Bertitah Masjid Wajib Diimarahkan

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama ahli jawatankuasa Masjid Idris Shah II.

Sumber : Korporat, SUK Perak.